Masihkah anda ingat apabila Safawi Rasid bergaya dengan jentera mewah Porsche Cayman 987 pada Hari Raya yang lalu.
Perkongsian kereta mewah oleh Safawi kemudiannya diikuti seorang lagi pemain sayap negara, Mohamadou Sumareh.
Namun demikian, pemain kelahiran Gambia yang beraksi bersama Pahang pada musim ini itu menampilkan kenderaan dari jenama Mercedes Benz.
Seperti Safawi, ramai yang mempercayai Sumareh juga adalah seorang pemain bola sepak yang gila kereta mewah dan sudah pasti memiliki pelbagai jenis kereta di dalam simpanannya.
Setelah berbulan-bulan mendiamkan diri mengenai gambar dirinya di Instagram bersama kereta Mercedez itu, Sumareh melalui Dunia Bola akhirnya menjelaskan perkara sebenar.
View this post on InstagramIf you never go, you will never know. #stayhome #staysafe
A post shared by Mohamadou Sumareh (@sumareh_jnr26) on
Kerta Mercedez model C200 Coupe milik Sumareh itu sebenarnya sudah dimiliki oleh beliau sejak tiga tahun yang lalu.
Namun beliau tidak pernah membuat perkongsian di media sosial sebelum ini kerana segan.
Malah pemain sayap Pahang itu menafikan memiliki banyak kereta dan sebaliknya hanya memiliki dua buah kereta.
Selain daripada Mercedez C200 Coupe itu, Sumareh turut memiliki sebuah Proton X70 yang diberikan oleh Proton sebagai duta syarikat itu.
“Sebenarnya jika anda bermain bola sepak dan dalam masa sama minat kereta, anda akan dapatkannya jika mampu,” jelas Sumareh.
“Kami pemain bola sepak hanya akan membeli kereta yang kami mampu. Bukannya kami mahu beli satu kerta itu untuk menunjuk-nunjuk. Tidak!
Sumareh juga berkata buat masa ini beliau berpendapat Mercedez kelabu miliknya itu kini sesuai dengan dirinya memandangkan beliau belum berkahwin dan masih belum memiliki anak.
Bagaimanapun sekiranya keadaan berubah pada masa depan, sudah tentu beliau akan mendapatkan kereta yang lebih besar dan sesuai untuk kegunaan harian.
“Macam saya, belum lagi berkeluarga. Saya masih muda dan hidup sendiri sahaja. Jadi kereta ini memang sesuai untuk saya,” tambah Sumareh lagi.
“Lainlah kalau saya sudah berkeluarga, mungkin saya akan mendapatkan kereta yang lebih besar seperti Vellfire.”
Seperti kebanyakkan kita, Sumareh juga sebenarnya mempunyai kereta idaman yang beliau mahu miliki satu hari nanti.
“Fuhh…saya sebenarnya memang ada beberapa kereta idaman saya. Contonhnya seperti Ferrari dan Bugatti. Semua ini adalah kereta idaman saya. Dan saya akan dapatkanya satu-satu suatu hari nanti.
Untuk temu bual penuh Dunia Bola bersama Sumareh, anda boleh mengikuti video YouTube melalui pautan video di atas.
Untuk itu, subscribed kepada channel YouTube Dunia Bola untuk pelbagai video eksklusif dunia bola sepak tempatan bersama hos anda, Mia Ibrahimm.