Mesut Ozil telah menjadi subjek kecaman berjemaah di media sosial termasuk dari peminat tegar Arsenal Piers Morgan.
Piers Morgan menyelar Ozil dan melabel bekas pemain antarabangsa Jerman itu sebagai memalukan.
Ini selepas media melaporkan bahawa ada 3 pemain Arsenal yang mengundi tidak bersetuju dengan pemotongan gaji 12.5%, sementara kesemua yang lain pula bersetuju.
Co-Host of good morning Britain Piers Morgan descends heavily on Mesut Ozil for refusing the 12.5% pay cut: “Shame on you Mesut Ozil. This is why some players get a bad rap.” pic.twitter.com/NsvrDaXsvb
— Fancy Di Maria (@FancyDiMaria_) April 21, 2020
Ini kerana menurut mereka, agak mengejutkan kerana pemain yang bergaji paling tinggi, menentang pemotongan gaji itu dalam usaha membantu kewangan kelab.
Arsenal sebelum ini mengumumkan bahawa mereka berjaya mencapai kesepakatan dengan para pemain Arsenal untuk pemotongan gaji 12.5%.
Arsenal berjanji akan memulangan wang itu jika mereka berjaya menamatkan saingan di kelompok 4 teratas, dan mendapat balik bayaran penyiaran secara penuh.
Ini sebab Ozil undi tak setuju
Namun koresponden ESPN mendedahkan pihaknya berjaya mendapatkan penjelasan sumber di Arsenal. ESPN mengesahkan bahawa Mesut Ozil memangmengundi untuk tidak setuju dengan pemotongan gaji.
Tetapi Ozil ada alasan tersendiri untuk tidak bersetuju dengan pemotongan gaji itu.
Ini kerana Ozil tidak jelas ke mana wang itu akan mengalir nanti? Adakah ianya sah akan disalurkan kepada tabung kewangan untuk gaji staf bukan pemain? Untuk kebajikan? dan sebagainya.
Mesut Ozil mahukan jaminan bahawa gaji pemain yang dipotong itu adalah untuk kegunaan kelab dalam mengatasi impak semasa covid-19.
Arsenal's Ozil wants assurances over financial plans for coronavirus pay cut – sources https://t.co/4imI3U94iJ #Arsenal #AFC
— All Arsenal News (@OnlyArsenalNewz) April 21, 2020
Ozil mahu transparensi
Ozil kemudian menyatakan beliau bimbang jika wang itu digunakan untuk kegunaan peribadi mana mana individu di pengurusan tertinggi Arsenal selepas para pemain bersetuju.
ESPN turut menegaskan bahawa Ozil bersuara bukan untuk gaji beliau sahaja, namun bersuara untuk gaji kesemua pemain secara kolektif.
ESPN juga melaporkan Ozil masih kabur tentang hala tuju wang itu. Ini kerana beliau mahu memastikan wang itu benar benar untuk tujuan kebajikan dan membantu kewangan kelab.
Seterusnya koresponden yang sama juga menegaskan, Ozil sendiri mahu menggunakan wang yang banyak untuk projek kebajikan beliau dan isterinya.
Mesut Ozil adalah atlet yang konsisten dengan komitmen menyumbang kepada kebajikan menerusi Yayasan Mesut Ozil.
Yayasan tersebut menyumbang kepada kebajikan dengan purata sekitar £2 juta.
Kini beliau aktif dalam kebajikan bersama dengan isterinya. Sebelum ini, Ozil dan isterinya Amine membiayai pembedahan 1,000 orang kanak kanak yang memerlukan sempena hadiah hari perkahwinan mereka.
What an outstanding gesture! 👏
Arsenal midfielder Mesut Ozil and his wife to-be Amine Gulse are paying for 1,000 children to have life-changing surgery.
Read more: https://t.co/BmdqzXAeyM pic.twitter.com/jmkzxPV70c
— BBC Sport (@BBCSport) June 7, 2019
Beliau dan isterinya sudah menyatakan komitmen akan terus membantu mereka yang memerlukan terutama sekali kanak kanak.
Mesut Ozil juga sedang terlibat dalam program kebajikan di kampung asal ibu bapanya, di Zonguldak, Turki.
Di mana Ozil membina fasiliti bola sepak untuk membantu kanak-kanak di sana mendapatkan latihan bola sepak dan mengejar impian seperti beliau.
Oleh itu Ozil mahu memastikan bahawa pihak Arsenal tidak mengambil kesempatan di atas kesedian pemain Arsenal untuk dipotong gaji.
Malah ketika ini, Ozil yang diwakili peguamnya masih berbincang de ngan Arsenal tentang perkara itu.
Ini kerana menurut Ozil, Arsenal terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan tanpa melakukan beberapa perbincangan lagi.
Jadi tidak ada isu kenapa Ozil berkira untuk menyumbang kepada kebajikan kelab.
Mesut Ozil sendiri merupakan duta kepada badan kebajikan kanak-kanak Rays of Sunshine yang aktif sejak 2018.
Beliau sudah menyumbang wang yang banyak kepada pertubuhan itu tanpa berkira.
I’m happy to announce on my birthday, the best present of all which is I have become an ambassador for @RaysofSunshine! I'm looking forward to continue spreading rays of sunshine by helping grant wishes for seriously ill children across the UK 🙏🏼☀ #M1Ö pic.twitter.com/tZeaDk0fjR
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) October 15, 2018
Arsenal antara pasukan yang sudah mencapai kesepakatan rasmi dengan para pemain tentang pemotongan gaji.