Budweiser Kirim 644 Botol Beer Kepada Keeper Yang Dibolosi Messi

Budweiser telah mengirimkan beer kepada setiap penjaga gol yang pernah dibolosi oleh Lionel Messi sepanjang kariernya bersama Barcelona.

Ianya bersempena dengan perayaan Christmas dan untuk meraikan kejayaan Messi memecahkan rekod menjaringkan 644 gol untuk kelab.

Messi telah banyak memecahkan rekod sepanjang kariernya, dan pada Selasa lalu, beliau memecahkan satu lagi rekod yang sungguh mengagumkan.

Gol jaringan beliau ketika bertemu Valladolid merupakan jaringan ke-644 beliau bersama Barcelona dalam semua pertandingan dan ia bermaksud beliau telah berjaya memecahkan rekod milik Pele.

Legenda terhebat sepanjang zaman itu sebelum ini memegang rekod sebagai penjaring terbanyak bersama sebuah kelab, dengan menjaringkan 643 gol untuk Santos.

Pemain berusia 33 tahun itu telah banyak mendatangkan trauma kepada penjaga gol lawan dengan kesemua jaringannya sepanjang 16 tahun ini.

Sejak dari debutnya beraksi bertemu Espanyol pada Oktober 2004, Messi sudah mula menjadi mimpi ngeri untuk kebanyakkan penjaga gol yang beliau hadapi.

Budweiser telah mengirimkan sejumlah 644 botol beer kepada setiap penjaga gol yang pernah dibolosi oleh pemenang enam kali gelaran ballon d’or itu.

Jelasnya, akan ada penjaga gol yang menerima lebih dari sebotol beer tersebut memandangkan mereka kerap dibolosi oleh Messi.

Beer tersebut juga merupakan hadiah Christmas untuk kesemua penjaga gol yang trauma kerana di bolosi oleh GOAT.

Bercakap secara langsung kepada SPORTbible, Samuel Eto’o memuji bekas rakan sepasukannya itu yang berjaya memecahkan rekod Pele dengan menyatakan:

“Saya percaya dia adalah yang terbaik dalam kehidupan dia dan mungkin kehidupan orang lain.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.