Budak Milo: Jose Mengubah Hidup Saya

Masihkah kau ingat dengan budak milo (ball boy) dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di mana Spurs bangkit menewaskan Olmpiakos tempoh hari?

Budak milo tersebut telah menjadi ‘pemain’ penting dalam mencipta gol penyamaan Harry Kane dan menjadi gol penting untuk kebangkitan Spurs.

Budak milo tersebut dengan pantas menyerahkan bola kepada Serge Aurier. Aurier kemudian melontar kepada Lucas Moura yang kemudiannya melorongkan bola cantik kepada Harry Kane.

Spurs menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-50, dan Jose Mourinho pergi ke arah budak milo itu mengucapkan terima kasih sambil memeluknya.

Spurs menang 4-2 dalam pertemuan itu dan mara ke pusingan kalah mati UCL.

Budak milo itu bernama Callum Hynes. Dan beliau menyatakan Jose Mourinho telah mengubah hidupnya.

Beliau kini menjadi perhatian dan bualan seluruh dunia. Selain itu, ia juga telah memberikan pengalaman yang sangat manis kepada beliau sebagai peminat Tottenham Hotspur.

Callum juga menganggap Jose Mourinho telah memberikan pengalamann terindah di dalam hidupnya.

Mourinho turut memuji Callum dalam sesi temuramah dengan wartawan.

Pada keesokan harinya, Callum perlu mempersiapkan diri untuk ujian matematik. Beliau menganggap itu hari yang tak akan dilupakannya.

Callum bercakap kepada laman rasmi Tottenham Hotspur: “Jose tak perlu pun buat begitu, kerana saya hanya melakukan tugas saya. Namun saya sangat gembira apabila beliau datang ke arah saya.”

“Jose telah menjadikan hari saya begitu indah sekali. Benar!”

“Saya peminat Spurs dan ini adalah detik yang luar biasa yang saya tak akan pernah lupakan sampai bila-bila.”

“Ianya mungkin agak sedikit luar biasa. Namun saya hanyalah melakukan tugasan saya. Dan saya masih tak percaya dengan apa yang telah berlaku.”

Callum kemudian menyatakan beliau tak sedar tindakannya itu telah membantu dalam proses menghasilkan gol kedua Spurs menerusi Harry Kane.

Malah beliau terlepas detik indah itu kerana sibuk dengan fokus melakukan tugasannya di tepi padang.

“Saya sendiri tak tengok gol itu kerana saya sibuk untuk mengutip bola yang satu lagi, yang keluar daripada permainan.”

“Ketika saya mengutipnya, saya mendengar satu stadium bersorak.”

“Apabila saya menoleh ke dalam padang, saya melihat Harry Kane meraikan gol. Saya kemudian melihat ke atas skrin di dalam stadium. Barulah saya  melihat apa yang sebenarnya berlaku.”

“Daripada senyuman saya, kamu tahu yang itu adalah detik sukar untuk dipercayaai.”

Mourinho pernah memuji tindakan ball boy yang bijak itu. Di mana beliau berkongsi pengalaman pernah menjadi ball boy. Mourinho menyamakan budak itu seperti beliau dahulu.

“Saya suka budak milo yang bijak macam saya kecil-kecil dahulu. Dulu saya budak milo yang hebat.”

“Dia membaca perlawanan ini, dan faham kehendak perlawanan dan melakukan bantuan penting.”

“Dia tidak hanya berada di sana hanya melihat ke arah tempat dudu, melihat lampu dan juga mafla. Dia menghidupkan perlawanan ini dan ‘bermain’ dengan sangat baik.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.