Bekas juara dunia tinju kelas super-middleweight, Carl Froch membuat penilaian beliau terhadap aksi Mike Tyson yang tampil sangat bagus dalam potongan video berdurasi lima saat.
Bagi Froch, apa yang ditampilkan belum cukup untuk membuktikan Tyson telah bersedia kembali untuk berhadapan dengan pertarungan sebenar.
“Saya telah melihat Mike Tyson. Dia kelihatan eksplosif dan bersemangat untuk klip video selama lima saat yang saya lihat di Instagram.
“Tetapi kita berbicara tentang pertarungan selama tiga minit dalam 12 pusingan,” kata Froch dalam sebuah temubua yang dimuat naik di Twitter.
"The gods of war have reawakened me" – Mike Tyson. pic.twitter.com/n8V5drnj31
— Talk Sports Ghana (@TalkSports_GH) May 13, 2020
“Ada sebabnya mengapa petinju mengambil langkah untuk bersara, iaitu kerana mereka tidak mampu melakukannya lagi.”
Froch juga tidak bersetuju untuk Tyson kembali ke gelanggang pertarungan kerana berpendapat Tyson sudah tua untuk berbuat demikian.
“Jika anda sudah berusia 30-an dan telah bersara setahun atau dua, saya tidak akan mengatakan tidak, teruskan sahaja.
“Tetapi anda tidak akan mampu mendapatkan rentak menjadi seperti yang anda inginkan seperti sebelumnya,” kata Froch mengenai petinju yang ingin kembali beraksi dari persaraan.
“Jika anda berusia 50-an, anda seharusnya tidak mempertimbangkan itu langsung.”
Froch yang kini bertugas sebagai penganalis juga berkata motivasi yang timbul dari wang atau ego, tidak sepatutnya membuat Tyson kembali bertinju.
“Anda kehilangan refleks, kehilangan kepantasan dan daya tahan. Kemampuan anda sudah menurun pada usia 30. Jadi Anda tidak akan memiliki peluang untuk kembali bertarung pada usia 50-an melawan mereka yang lebih muda.”
“Saya tidak peduli jika nama anda adalah Mike Tyson, itu tidak akan terjadi,” tukas Froch.
Tyson sudah tidak pernah bertarung sejak 2005. Kebelakangan ini Tyson dikataka yakin akan kembalo dalam pertarungan amal. Belum ada lawan yang dipastikan, namun muncul beberapa nama seperti Evander Holyfield dan John Fury.