Raja bola sepak Inggeris, Manchester United akhir mengesahkan Bruno Fernandes milik mereka selepas tempoh perbincangan yang sangat panjang.
Manchester United dalam kenyataan rasmi mereka berkata:
“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan bahawa telah mencapai persetujuan dengan Sporting Clube de Portugal untuk perpindahan Bruno Fernandes.”
“Perjanjian kini tertakluk kepada proses pemeriksaan perubatan/medikal dan persetujuan terma peribadi.”
“Pengumuman selanjutnya akan dibuat dalam masa terdekat.”
Manchester United is delighted to announce it has reached agreement with Sporting Clube de Portugal for the transfer of Bruno Fernandes.
The deal is subject to a medical and the agreement of personal terms.
A further announcement will be made in due course. pic.twitter.com/6bDVHszxL1
— Manchester United (@ManUtd) January 29, 2020
Saga Perpindahan
Sebelum ini perbincangan di antara Manchester United tengah Sporting Lisbon agak bermasalah kerana tawaran harga tidak memuaskan hati.
Man United kemudian menawarkan pakej jauh daripada tanda harga yang diletakkan oleh Sporting Lisbon terutama sekali klausa yang dianggap tidak realistik.
Manchester United menawarkan hanya £34 juta dengan bonus tambahan mencecah £25 juta yang hanya akan dibayar jika Bruno Fernandes memenangi Ballon d’Or dan membantu Man United menjuarai Liga Juara Juara Eropah.
Sporting pula mahukan sekurang kurangnya £55 juta bayaran pertama dan bonus sekitar £15 juta.
United kemudian mengancam untuk tidak meneruskan rundingan kerana merasakan Sporting meletakan harga terlalu tinggi.
Ejen kepada Bruno Fernandes, kemudian cuba memperbaiki keadaan. Dan beliau berjaya meyakinkan bahawa Sporting Lisbon sebenarnya sudah meletakkan harga yang terbaik untuk pemain itu.
Sporting Lisbon berkeras tak mahu menjual pemain itu ke Man United dengan bayaran yang tu agak rendah dan bonus yang sukar untuk dicapai.
Dengan jendela perpindahan yang tinggal berapa hari lagi Manchester United akhirnya untuk memperbaiki tawaran Mereka dengan pakej klausa bonus yang lebih realistik.
United kini menawarkan £47 juta dengan klausa ditambah dengan £8.5 juta sebagai bonus penampilan. £4.23 juta lagi jika Man United layak ke UCL.
Baki bonus yang lain £12.7 juta adalah untuk kejayaan lain dalam klausa yang tidak dinyatakan atas sebab apa.
No idea if an initial £46.6m fee plus £8.5m in realistic adds and £12.7m in much tougher ones represents good business for Fernandes as prob only seen him 2-3 times but United believe he’s kicked on significantly over past 6 months #MUFC https://t.co/vGPdwpS9F5
— James Ducker (@TelegraphDucker) January 28, 2020
James Ducker dari Telegraph melaporkan bahawa, Bruno sudah terbang ke Manchester dan sudah menempah sesi ujian medikal di Old Trafford.
Bruno Fernandes flying in to Manchester today ahead of medical with #mufc https://t.co/vGPdwpS9F5
— James Ducker (@TelegraphDucker) January 29, 2020
Sumber Fabrizio Romano juga menyatakan perkara yang sama. Sumber ini menyatakan kedua dua pasukan sangat positif dalam perbicangan kali ini.
Dan Bruno Fernandes dijangka akan mendapat kontrak sehingga 2024.
Bruno Fernandes is “ready to fly” today to Manchester with his agent Miguel Pinho. They’ve flight scheduled on next hours – the contract until June 2024 is almost ready.
‘Green light’ expected by the two clubs, then the deal will be completed and announced. 🔴 #MUFC #Bruno
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 29, 2020
Bruno Fernandes menjadi pemain yang sangat diperlukan Ole Gunnar Solskjaer. Beliau sudah menjadi sasaran Man United sejak perpindahan yang lalu.
United berharap akan dapat menyelesaikan urusan perpindahan pemain ini secepat mungkin, selepas mereka terlepas beberapa pemain lain dalam sasaran kali ini.
Beliau pemain yang boleh bermain di mana-mana posisi di bahagian tengah. Dijangka akan membentuk gandingan dengan Paul Pogba dan Scott McTominay apabila kesemua mereka boleh beraksi.
Akhirnya selesai juga kan. Tahniah Man United di atas perpindahan salah seorang pemain tengah total dalam pasaran Eropah.
Sumber: Artikel ini daripada Axello.net yang disalin semula atas kebenaran.