Bruno Fernandes Laung Amaran, Sudah Tak Sabar Nak Robek Dan Tewaskan Manchester City

Bruno Fernandes sudah melaungkan amaran kepada Manchester City bahawa Manchester sudah sedia untuk melakukan apa sahaja untuk menang ke atas mereka.

Ini berikutan keputusan seri menentang Watford pad Ahad lalu. Hanya sehari selepas keputusan seri itu, Bruno Fernandes sudah mengeluarkan kenyataan penuh dengan semangat menerusi laman rasmi Manchester United.

Manchester United sudah sedia untuk menjadikan Manchester City sebagai mangsa melepaskan geram mereka kerana keciciran mata menentang Watford sebelum ini.

Menurut Bruno, perlawanan menentang Manchester City adalah perlawanan melibatkan maruah kelab dan rasa pemilikan bandar Manchester kerana Manchester itu adalah merah.

Bruno Fernandes turut memberikan amaran kepada rakan rakan sepasukannya bahawa mereka harus lebih tajam di hadapan gol. Walaupun dia turut bertangungjawab dalam mempersia siakan 3 peluang keemasan ketika menentang Watford baru baru ini.

Apa, ingat Bruno Fernandes berikan amaran pada team lawan je ke? Rakan sendiri pun dia bagi amaran.

Manchester United masih memburu slot 4 teratas dalam persaingan liga. Di mana mereka kini cuma 2 mata di atas Arsenal yang kurang 3 perlawanan berbanding mereka.

Aksi seterusnya adalah aksi menentang seteru sebandar Manchester City.

Fernandes berkata: “Kami harus bersedia untuk perlawanan seterusnya, untuk memenanginya dan mendapatkan 3 mata sekali lagi. Ianya adalah salah satu perlawanan di mana kami tahu maksudnya untuk bandar ini, untuk penyokong, untuk kelab dan untuk kami sendiri.”

“Ianya perlawanan yang kami mahu menang walau apa jua caranya.”

Bercakap tentang kegagalan Manchester United menang dalam beberapa perlawanan di mana mereka beraksi sangat dominan, pemain antarabangsa Portugal itu berkata: “Ianya satu daripada hari di mana bola tak nak masuk.”

“Sangat malang untuk kami ianya cuma 1 mata. Kami keciciran mata untuk mengejar tempat ketiga sekali lagi. Rasanya itu paling penting untuk kami kerana kami sangat hampir dengan Chelsea.”

Seterusnya, Bruno Fernandes juga memberikan amaran kepada dirinya sendiri, selepas memberikan amaran kepada City dan rakan sepasukannya.

Menurut Fernandes, dia pun harus lebih klinikal di hadapan gol selepas ini dan tidak membazir peluang. Tetapi Fernandes tetapi Fernandes merasakan bahawa menentang Watford ibarat satu hari yang memang mereka tak akan jumpa jaring gol sampai ke sudah. Ini kerana segalanya serba tak menjadi.

“Namun ini bukan masa untuk kita mulai berfikir tentang berapa banyak mata kita harus miliki ataupun berapa banyak mata yang kita boleh dapat. Kita ada peluang yang bagus, peluang keemasan untuk menjaringkan gol.”

“Saya rasa saya ada 2 peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Akhirnya, ianya menjadi satu hari di mana kami mungkin akan berterusan gagal menjaringkan gol walaupun beraksi sehari suntuk.”

Cristiano Ronaldo akan berdepan dengan skuad Pep Guardiola. Ini selepas dia dikaitkan dengan Manchester City sebelum Manchester United memintas rundingan untuk membawa semula legenda itu pulang.

Ronaldo yang terkenal dengan keraian Siuuu pastinya mahu menjadikan aksi berdepan City sebagai penebus kegagalan dalam aksi sebelum ini. Di mana serangan yang diketuainya tumpul sangat.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.