Bruno Fernandes Jelaskan Perkara Sebenar Selepas Kena Maki Oleh Lindelof

Bruno Fernandes enggan memperbesarkan pertengkaran dengan Victor Lindelof ketika kekalahan Manchester United di tangan Sevilla pada separuh akhir Liga Eropah semalam.

Fernandes kelihatan seperti menyalahkan Lindelof untuk gol kemenangan Luuk de Joong selepas pemain itu gagal membaca hantaran lintang Jesus Navas.

Rakaman televisyen menunjukkan Fernandes dan Lindelof bertikam lidah selepas jaringan tersebut, namun pemain dari Portugal itu menafikan adanya isu diantara kedua-dua pemain.

“Ianya adalah perkara normal apabila dibocori sedemikian,” kata Fernandes.

“Semua orang marah. Ia bukan mengenai saya dan Victor [Lindelof] sahaja. Ia akan berlaku dalam kebanyakkan pasukan juga.”

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer pula mahu pemainnya untuk lebih bertanggungjawab untuk kesilapan yang dilakukan namun berpendapat Lindelof tidak bernasib baik untuk gol kemenangan Sevilla.

“Ia adalah gol yang amat mengecewakan untuk dilepaskan. Kami sedang melakukan serangan balas, dan Anthony Martial telah dijatuhkan. Bagaimana pemain Sevilla tidak diberikan amaran, saya tidak tahu,” kata pengendali dari Norway itu.

“Perlawanan kemudian tidak dihentikan dan permainan diteruskan, kami berusaha meneruskan, dan hilang bola. Ia adalah gol yang amat mengecewakan untuk dilepaskan. Dan saya mahus setiap pemain mengambil lebih tanggungjawab untuk setiap kesilapan.”

“Hantaran lintang itu juga terbias dan ini bermakna Brandon [Willoiams] juga kurang bernasib baik. Victor terperangkap apabila bola melambung di atas beliau akibat biasan tersebut. Saya berpendapat pemain-pemain sedikit kecewa.

Fernandes terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-9 dalam perlawanan ini sebelum Suso menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama saingan.

United turut harus mempersalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan dereran peluang terhidang.

.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.