Bintang Manchester United, Bruno Fernandes telah menjelaskan makna di sebalik keraian gol yang sering dilakukannya.
Fernandes akan menekup kedua-dua telinganya setiap kali menjaringkan gol secara terbuka, atau pun melalui sepakan penalti untuk meraikan, yang dianggap trademark buat pemain itu.
Dan pemain antarabangsa Portugal ini berkata anak perempuanya adalah inspirasi kepada keraian unik tersebut.
Bercakap kepada laman sesawang rasmi Manchester United, Bruno Fernandes berkata: “Ia kisah yang panjang!
Bruno Fernandes: "When I start my second season in Sporting, my daughter was growing up. Sometimes when me and my wife were talking with her, she [would] start doing like this [putting her hands over her ears] and so I picked this to celebrate the goals for her."
— utdreport (@utdreport) July 31, 2020
“Adakala, saya dan isteri, akan bercakap kepada dia (anak perempuan) dan mula melakukan ini (meletakkan telunjuk di telinga) tetapi dia melakukan begitu (menekup telinga).
“Jadi saya memilih untuk melakukan sedemikian setiap kali menjaringkan gol semata-mata untuk dia.”
Namun demikian pemain tengah berusia 26 tahun ini risau mengapa Sky tidak merakamkan aksi meraikan jaringan tersebut.
🚨BREAKING🚨 ‘I need to talk with Sky’ – Man United’s Bruno Fernandes on goal celebration being cut short on broadcast https://t.co/NYtEm3uwcg #afc #nufc #lfc pic.twitter.com/2howPV9MxJ
— TRUE Transfers👑⚽️ (@TrueTRANFERS) August 1, 2020
Ini kerana anaknya itu bertanggapan ayahnya tidak melakukan aksi menekup telinga tersebut seperti yang dinanti-nantikannya.
“Saya perlu bercakap dengan Sky kerana setiap kali saya meraikannya, ia tidak disiarkan. Setiap kali saya bertelefon dengan dia selepas perlawanan, dia menuduh saya tidak melakukannya!
Bruno Fernandes has explained his goal celebration #mufchttps://t.co/0v8a3hHpKq pic.twitter.com/BhXvuDMXCW
— Man United News (@ManUtdMEN) July 30, 2020
“Ada kala saya terpaksa untuk menghantar gambar sebagai bukti – ‘Lihat, saya telah melakukannya.’
“Sekarang dia sudah tahu setiap kali saya menjaringka gol, saya akan meraikan gol tersebut untuk nya. Dulu dia tidak tahu. Sekarang dia dah tahu. Setiap kali menjaringkan gol, saya lakukannya untuk dia.”
Pada musim lalu, Bruno Fernandes menjaringka 12 gol dan menampilkan aksi memberangsangkan sejak tiba di Old Trafford pada Januari lalu.
Bruno Fernandes REVEALS the story behind his signature goal celebration! | Manchester United https://t.co/sCsIkTxpsP #UtdTalk #United #ManUTD #ManchesterUnited pic.twitter.com/aqPZqQwWUG
— Man Utd Fans (@manutdnewsonly) July 30, 2020
Dalam perlawanan menentang Brighton pada hujung minggu, Fernandes menjaringkan gol minit ke-100 yang dianggap kontroversi melalui sepakan penalti yang memberikan kemenangan pertama kepada Manchester United pada musim ini.
Sepakan penalti pada minit ke-100 tersebut – secara praktikal perlawanan telah ditamatkan sehingga campur tangan VAR – adalah jaringan ke-13 Bruno Fernandes sejak menyertai Manchester United pada Januari lalu.
Dari 13 gol tersebut, enam daripadanya dihasilkan dari sepakan penalti.