Bruno Fernandes Berikan Hint Kepada Rangnick Taktikal Terbaik Berdepan Manchester City

Manchester United mempunyai 68% penguasaan bola dan 22 percubaan ke arah gol menentang Watford namun mereka tidak dapat sebarang gol untuk memecahkan kebuntuan.

Old Trafford semakin kecewa apabila perlawanan diteruskan dan laungan ‘serang, serang, serang’ gagal memberi kesan yang diingini. Pada tamat perlawanan pemain juga diboo oleh segelintir penyokong yang kecewa.

Ia adalah keputusan mengecewakan terbaru dalam rentetan persembahan Manchester United yang membazirkan dereta peluang.

Selepas cuti musim sejuk, United kalah menentang Middlesbrough, seri menentang Burnley, Southampton dan Watford, dan mereka sepatutnya memenangi semua empat perlawanan tersebut dengan mudah.

Mereka mungkin akan mendahului Chelsea dengan mata dalam carta Liga Perdana dan masih dalam Piala FA – yang merupakan satu-satunya jalan yang realistik untuk meraih trofi – jika mereka memafaatkan peluang peluang gol.

Ralf Rangnick tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas United seri dengan Watford. “Akhirnya, ini mengenai kecekapan, tentang menjadi klinikal di hadapan gol, dan ini bukan buat kali pertama, malangnya,” kata Rangnick.

Pengurus dari Jerman itu mengkritik pemain pemain United. Dia berkata apa yang difikirkan oleh setiap penyokong yang meninggalkan Old Trafford petang itu. Pembaziran United telah terbukti mahal sekali lagi untuk dibayar. Kerana mereka tersingkir daripada Piala FA dan kemudian gagal mengawal keadaan untuk top 4. Kerana kini Arsenal di kedudukan mengawal keadaan tersebut.

Sedangkan Manchester United kini turut bergantung kepada keputusan pasukan lain, berbanding Arsenal yang bergantung kepada diri sendiri.

Manchester United pastinya sangat terdesak untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam derby Manchester. Mereka lebih memerlukan kemenangan berbanding dengan Pasukan Pep Guardiola.

Ralf Rangnick dikatakan sudah melihat beberapa kelemahan Manchester City dalam beberapa perlawanan terakhir mereka. Terutama sekali ketika tewas di tangan Spurs dan kemudian hampir keciciran mata ketika berdepan dengan Everton.

Walaupun United mungkin bergelut untuk 4 teratas, namun statistik ternyata membuatkan Rangnick sedikit lega. Ini kerana Man United menjadi pasukan yang paling banyak mencipta peluang gol sejak Rangnick tiba.

Cuma Rangnick meminta pemain pemainnya lebih tajam.

“Saya akan lebih kecewa kalau kami gagal mencipta peluang yang banyak,” kata Rangnick merujuk kepada adanya perkara positif daripada kekecewaan mereka yang tak jumpa pintu gol.

Rangnick dalam sidang medianya menyatakan bahawa dia dan anak anak buahnya tahu bahawa mereka akan menentang salah sebuah pasukan terbaik di dunia diuruskan salah seorang pengurus terbaik di dunia.

Bruno Fernandes kemudian sudah memberikan hint tentang bagaimana sepatutnya mereka akan menentang Manchester City pada Ahad ini. Di mana menurut jejaka Portugis itu, mereka mungkin akan bermain dengan sistem lebih pragmatik sama seperti yang mereka lakukan ketika dikendalikan Ole Gunnar Solskjaer.

Memberikan komen tentang ketumpulan mereka dalam aksi berdepan Watford, Bruno Fernandes berkata: “Perlawanan itu adalah sama seperti yang berlaku ketika kami menentang Middlesbrough dalam piala,” kata Fernandes.

“Tetapi kami tidak berjaya [menang] dalam perlawanan itu dan kami tidak menang hari tersebut [menentang Watford]. Kdi saya lebih suka bermain dengan mencipta satu atau dua peluang dan memenangi perlawanan dan mungkin kadangkala kami tidak dapat mengawal permainan dalam tangan kami.”

Komen Fernandes masuk akal. Keputusan terbaik United menentang pasukan elit di bawah Solskjaer dicapai melalui bola sepak serangan balas yang kejam dan keputusan kelab itu bertambah buruk apabila pengurus Norway itu cuba bermain dengan lebih terbuka.

Antaranya adalah dibelasah oleh Liverpool 0-5 di hadapan penyokong sendiri.

Selepas Jadon Sancho, Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo menyertai kelab, sistem terlalu bergantung kepada serangan balas tidak lagi boleh diterima oleh segelinti penyokong. Mereka mahukan pasukan United membuktikan bahawa mereka benar benar bagus dan dominan.

Namun ianya pasti berbeza untuk perlawanan menentang lawan seperti City,

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.