Britney Spears Dakwa Pecah Rekod Usain Bolt Sebelum ‘Cover-up’ Kata Buat Lawak

Britney Spears membuat jenaka paling pelik tatkala seluruh dunia sedang berada dalam keadaan sukar akibat COVID-19 apabila mengumumkan dirinya telah memecah rekod 100 meter dunia milik Usain Bolt.

Melalui satu muat naik yang kemudiannya dipadamkan pada Khamis, penyanyi pop berusia 38 tahun itu berkata dirinya telah melakukan pecutan dengan kepantasan 5.97 saat.

Turut disertakan adalah tangkap layar kepantasan yang dia lakukan dalam latian tersebut.

Turut disertakan dengan tangkap layar tersebut, Spears dengan bangganya turut menyertakan caption: ‘Telah berjaya berlari buat pertama kali bawah 5 saaat!!! Berani mengetepikan ketakutan untuk memulakan usaha adalah kunci…”

Larian sepantas itu bermakna Spears berlari 4 saat lebih laju daripada Bolt, dan secara teknikalnya adalah manusia paling pantas di dunia.

Peminat yang mungkin kagum, kehairanan, atau pun bingung kemudian mulai membanjiri Instagram penyanyi itu dengan komen dan pertanyaan.

“Betul ke jarak tu? Lol rekod dunia Usain Bolt di acara 100 meter adalah 9.58 saat,” komen salah seorang daripadanya. Tidak dapat dinadikan ramai yang keliru dengan aritmetik yang digunakan oleh Spears.

“Saya keliru! Larian 100 meter? Atau adakah ianya 50 meter? Atau 40 meter? Sesuatu tak kena. Maaf kerana saya tak faham, persoal salah seorang follower yang cuba mempersoalkan matematik di sebalik larian penyanyi itu.

Kemudian secara tiba-tiba Spears menarik balik kenyataan tersebut, dan berkata beliau hanya ‘membuat lawak jenaka’, sebelum sekali lagi memadam komen tersebut.

Beliau kemudiannya cuba menenangkan kontroversi yang diciptanya sendiri.

“Jelas sekali saya hanya berjenaka melakukan larian 100 meter dengan catatan 5.97 saat…Rekod Usain Bolt adalah 9.58 saat…sekarang kamu semua percayalah saya akan memecah rekod dunia, #lawak.”

Sama ada Britney Spears telah keliru atau benar-benar cuba berjenaka, beliau sekarang mempunyai peluang untuk memecah rekod dunia 100 meter.

Untuk rekod, bagi acara wanita 100 meter, rekodnya kini dipegang oleh Florence Griffith-Joyner dengan catatan 10.49 saat.

Dengan penangguhan Sukan Olimpik Tokyo kepada 2021, Spears kini mempunyai tempoh setahun untuk menjalani latihan.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.