Brendan Gan Dipilih Pemain Terbaik Perlawanan Malaysia vs Thailand

Aksi cemerlang ayah baru, Brendan Gan telah membolehkan beliau dipilih  sebagai pemain terbaik perlawanan.

Malaysia bangkit daripada ketinggalan 1 gol seawal minit ke-7. Thailand mendahului menerusi pemain sensasi mereka Chanatip Songkrasin.

Itu merupakan percubaan ke arah gol yang pertama dilakukan oleh Thailand dalam perlawwanan ini. Sorakan penyokong Thailand bergema di Bukit Jalil.

Namun aksi memukau Brendan Gan telah menjadi nadi penting skuad kebangsaan untuk bangkit.

Brendan Gan yang baru sahaja menerima cahaya mata beberapa hari lalu telah meraikan hari bahagia dengan menjaringkan gol sulung beliau bersama skuad kebangsaan.

Tahniah kepada Brendan Gan dan isteri di atas keputeraan Koa Brooklyn Gan.

Selepas ketinggalan, Malaysia mulai memperbaiki rentak permainan mereka. Setiap pemain meningkatkan intensiti.

Thailand bergelut dengan beberapa siri serangan pasukan Harimau Malaya.

Brendan Gan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-26 selepas menerima hantaran cantik daripada Syameer Kutty Abba.

Gan menjadi enjin yang berkuasa penuh di tengah untuk mengatasi dominasi Thailand.

Malaysia menamatkan separuh masa pertama sebagai pasukan yang lebih baik secara keseluruhannya.

Bersambung babak kedua, Malaysia meneruskan fokus untuk memburu gol.

Dan tiba minit ke-56, Brenda Gan menjadi ancaman utama Thailand sekali lagi.

Brendan Gan melakukan sungkitan cantik untuk memberikan assist kepada Mohamadou Sumareh.

Sumareh dengan mudah melakukan voli first timer ke dalam gawang Thailand.

https://youtu.be/tIW9d3oReTg

Tamat perlawanan, Malaysia 2 Thailand 1. Menamatkan badi tanpa kemenangan ke atas Thailand dalam  masa yang agak lama.

Selepas tamat perlawanan, Brendan Gan diiktiraf sebagai pemain terbaik perlawanan. Ini selepas sumbangan 1 gol dan 1 assist dalam peralwanan ini serta banyak sekali aksi bertahan yang lasak, serta membantu serangan balas.

Gan juga hampir menambah 1 lagi gol pada babak akhir perlawanan. Sayangnya leretan beliau hanya sedikit tersasar.

Gan selayaknya mendapat anugerah ini. Namun syabas juga kepada semua pemain Harimau Malaya yang menunjukkan semangat Harimau sebenar pada malam ini.

Malaysia tidak berputus asa dan bersaing secara fizikal dan mental dalam perlawanan ini.

Thailand jelas sekali tidak punyai banyak idea untuk berhadapan dengan Malaysia selepas gol pertama mereka.

Malaysia selepas ini akan beraksi berhadapan dengan pasukan Indonesia dalam aksi di antara 2 musuh utama di Asia Tenggara.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.