Ramai peminat terharu melihatkan salah seorang atlet terhebat dalam sejarah sukan dalam ketamadunan manusia Usain Bolt yang tersungkur ketika cuba menamatkan acara 4×100 meter dalam kejohanan dunia di London.
Sebelum ini Bolt berada di tangga ke-3 dalam acara selamat tinggal beliau kepada acara 100 meter. Beliau mendedahkan yang beliau gagal bermula baik sebagai punca kekalahan itu.
Dengan senario yang menyentuh hati apabila Bolt menamatkan perlumbaan terakhir beliau dengan berjalan keluar daripada trek. Ramai penonton yang terharu dan sedih melihat atlet kesayangan ramai ini.

Kenapa dia disayangi? Dia pernah memberitahu dia tidak bersara selepas Olimpik lalu kerana dia mendengar masih ramai peminat yang mahu melibat kelibat beliau di atas trek.
Bolt juga menyatakan yang beliau akan melakukan yang terbaik demi peminat serta kejohanan dunia di London 2017 adalah yang terakhir untuknya. Bolt gagal memenangi pingat emas dalam aksi terakhir beliau.
Bolt dikenali dengan perwatakannya yang ramah, sentiasa tersenyum kepada peminat dan telatahnya di hadapan kamera. Selepas ini, semuanya akan dirindui. Tidak lupa, keraian Lightning Bolt beliau yang menjadi cap dagang Bolt.
Bolt tetap menang di hati semua peminat sukan olahraga. Beliau memegang 3 rekod dunia, 9 pingat emas Olimpik.
Bolt hanya mampu melangkah 6 langkahan dalam final kali ini sebelum dia memegang bahagian hamstring beliau yang kejang dan terpaksa akur.
https://www.youtube.com/watch?v=vAQLqYKTFsU
Pada usia 31 tahun, Bolt cuba melawan ‘peak’ beliau yang sudah semakin berkurangan, kerana dia adalah wira. Justin Gatlin memberitahu yang Bolt tidak kalah, dia adalah pemenang di dalam karier beliau.
“Tiada siapa di dunia ini yang mahu melihat Bolt meninggalkan balapan dengan cara seperti itu.”
“Bolt sudah melalui karier yang hebat sejak 2008. Saya yakin yang kita di sini (London) tidak boleh melihat Bolt dalam keadaan begitu. Kita semua mahu mengucapkan tahniah kepada Bolt di atas kejayaan penuh legenda beliau.”
Bertuahnya kita yang sempat melihat dan hidup dalam era Usain Bolt. Sudah tiba masanya untuk anda berehat Usain Bolt!
Anda tetap legenda hidup yang tiada ganti.