Bintang Schalke Didenda Kerana Hadiri ‘Corona Party’

Schalke 04 telah mendenda pemain tengah Amine Harit kerana menghadiri sebuah parti dikenali sebagai “Corona Party” di sebuah bar shisha.

Laporan awal dari media Jerman dpa berkata pemain antarabangsa Maghribi itu menghadiri parti tersebut pada 19 Mac bersama 10 orang yang lain, sebelum polis melakukan serbuab selepas tengah malam.

“Itu benar,” kata John Scneider yang merupakan Eksekutif Sukan kelab.

“Tetapi buat masa ini da perkara yang lebih penting dari denda tersebut untuk pemain ini.”

Pada ketika kejadian, Jerman sudah melaksanakan perintah larangan untuk melakukan sentuhan dan semua premis turut diarahkan tutup pada jam 6 petang kerana penularan wabak coronavirus.

Harid menggesa orang ramai untuk kekal berada di rumah melalui media sosial beberapa hari sebelum menghadiri parti tersebut.

Schneider berkata pemain 22 tahun itu kini menyesal kerana perbuatannya.

Menurut akbar Bild, dengan berjumlah €30,000 akan dikenakan terhadap pemain tersebut, dan akan disalurkan kepada skim kerjasama kelab dan kumpulan ultras kelab tersebut.

Ultras Schalke dengan kerjasama kelab kini sedang sibuk menyediakan bekalan makana kepada golongan yang memerlukan akibat krisis COVID-19.

Harit menyertai Schalke dari Nantes pada 2017, dan menjadi salah seorang pemain utama kelab tersebut pada musim ini.

Pada musim ini pemain tersebut telah menjaringkan enam gol dari 24 penampilan di Bundesliga.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.