Bintang Liverpool Ini Mahu Ke Barcelona Untuk Menggantikan Messi

Barcelona kini dilaporkan sedang mencari pengganti untuk Lionel Messi dan salah seorang bintang Liverpool menyatakan hasratnya untuk berhijrah ke Nou Camp.

Bintang Liverpool itu mahu menjadi pengganti untuk Lionel Messi dan beliau juga sangat berminat untuk kembali bekerja bersama Ronald Koeman.

Lionel Messi sepertinya sudah tidak akan meneruskan kerjayanya di Barcelona dan kemungkinan akan meninggalkan gergasi Catalan itu musim panas ini.

Selepas hampir dua dekat menabur bakti untuk gergasi Sepanyol itu, Messi akhirnya telah menghantar permohonan untuk meninggalkan kelab.

Messi menghantar permohonan secara rasmi kepada Barcelona pada 25 Ogos lalu dan beliau dilaporkan sedang dalam perundingan bersama Manchester City, Juventus dan Paris Saint Germain.

Dengan berita tersebut, Barcelona dan Ronald Koeman sendiri kini sedang mencari pengganti untuk pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu.

Sepertinya pengurus Belanda itu sudah menemui calon pemain yang beliau perlukan untuk ditandatangani menyertai Barcelona.

Bintang Liverpool, Sadio Mane pernah beraksi dibawah kendalian Koeman ketika bersama Southampton dalam pentas premier league.

Koeman turut mendedahkan bahawa Sadio Mane merupakan pilihan utama beliau yang sangat tepat untuk menggantikan Lionel Messi

Dalam pada itu, selain dari Koeman yang mahukan Sadio Mane, bintang Senegal itu sendiri dengan terbuka mahu berhijrah ke Barcelona.

Menurut sumber laporan dari Mundo Deportivo, Mane menyatakan bahawa dengan perpindahan itu, beliau mungkin boleh memenangi pelbagai anugerah individu.

Mane berada dikedudukan keempat dalam anugerah Ballon d’or tahun lalu dan ketika itu beliau merasakan bahawa dirinya patut berada dikedudukan kedua dibelakang Messi.

Menurut sumber laporan sama juga, pemain penyerang Liverpool itu dikatakan tersinggung dek kerana rakan sepasukannya, Jordan Henderson dan Mo Salah mendapat pujian yang lebih atas kejayaan the reds berbanding dirinya.

Barcelona dilaporkan sanggup mengeluarkan dana bernilai £107 juta untuk menandatangani pemain berusia 28 tahun ini.

Dengan pemergian Lionel Messi dan Luis Suarez, maka Barcelona sangat memerlukan pemain seperti Sadio Mane sebagai pengganti.

Gergasi Catalan itu turut dikaitkan dengan bintang Lyon, Memphis Depay yang bakal dibawa masuk untuk digandingkan bersama Sadio Mane dan Antoine Griezmann sebagai trio pilihan untuk Koeman.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.