Bintang Liverpool Capai Kata Sepakat Untuk Sertai Barcelona

Pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum dilaporkan telah mencapai persetujuan dalam rundingannya untuk menyertai Barcelona. Demikianlah laporan yang disiarkan di akhbar Sepanyol pada hari ini.

Pemain tengah dari Belanda ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke Nou Camp sejak bekas pengurus skuad kebangsaan Belanda, Ronald Koeman diumumkan sebagai pengurus baharu Barcelona.

Wijnaldum sanggup berhijrah dari meninggalkan juara dunia itu walaupun merupakan pemain penting skuad kendalian Jurgen Klopp pada musim lalu.

Perkembangan terbaru di Sepanyol turut mengesahkan rundingan diantara kedua-dua kelab untuk yuran perpindahan telah pun bermula.

Namun Barcelona dikatakan tidak akan membayar lebih dari £18 juta untuk pemain yang telah merangkul kejuaraan Eropah (UCL), kejuaraan dunia (Piala Kelab FIFA), dan Liga Inggeris (EPL bukan BPL).

Sepanjang musim lalu, Wijnaldum hanya terlepas satu aksi liga, dan merupakan pemain yang amat menyerlah ketika membelasah Barcelona 4-0 di separuh akhir Champions League musim 2018/19- perlawanan yang dianggap magis oleh penyokong Liverpool.

Koeman kini mahu membina kembali skuad Barcelona yang baharu selepas menandatangani kontrak selama dua tahun menggantikan Quique Setien pada bulan lalu.

Selain menyerlah bersama Liverpool, Wijnaldum juga menyerlah bersama pasukan kebangsaan Belanda sepanjang 2019, dan menghasilkan 8 gol dari 9 penampilan.

Bersama Liverpool pula, pemain itu telah menjaringkan 19 gol dari 187 perlawanan sejak tiba di Anfield dari Newcastle United empat tahun lalu.

The Reds berisiko hilang khidmat pemain itu pada musim panas akan datang dan sanggup menjual pemain yang telah banyak membantu kejayaan mereka sejak dua tahun yang lalu demi memberi laluan kepada Thiago Alncantara pada jendela perpindahan kali ini.

Pada peringkat ini semua perkara masih di peringkat rundingan diantara kelab-kelab terlibat.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.