Bintang Inter Milan Menolak Tawaran Barca Kerana Messi Mahu Meninggalkan Kelab

Tawaran Barcelona untuk mendapatkan bintang Inter Milan, Lautaro Martinez telah ditolak selepas berita tentang Messi menghantar permohonan untuk meninggalkan kelab tersebar.

Martinez sangat berharap untuk dapat beraksi dengan Lionel Messi dan setelah mendapat tahu bahawa ketua pasukan Barcelona itu mahu keluar, beliau terus menolak tawaran dari gergasi Catalan itu.

Berita ini menjadikan musim panas Barcelon semakin memburuk dari satu perkara ke perkara yang lain.

Lionel Messi juga terus menerus menekan Barcelona untuk melepaskan beliau dan ianya merupakan satu tamparan hebat untuk gergasi Sepanyol itu.

Lionel Messi sudah tidak mahu untuk berunding dan beliau nekad untuk meninggalkan Nou Camp.

Bintang Inter Milan, Lautaro Martinez sebelum ini sering dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Sudah hampir 12 bulan sesi rundingan untuk membawanya ke Nou Camp dijalankan dan Barcelona terus menerus memberikan tawaran kepada Inter Milan untuk mendapatkan pemain tersebut.

Inter Milan bersetuju untuk melepaskan Martinez dengan nilai €100 juta dan sepertinya tiada masalah untuk Barcelona membayar nilai tersebut.

Barcelona sudah bersedia untuk menamatkan rundingan dan membawa Lautaro Martinez ke Nou Camp pada jendela perpindahan musim panas ini.

Walau bagaimanapun, Martinez kini sudah menolak tawaran dari Barcelona kerana melihat kepada situasi yang sedang berlaku.

Menurut laporan dari Corriere dello Sport di Itali, Martinez tidak mahu meneruskan perundingan ini kerana Messi sudah mahu meninggalkan kelab.

Bintang berusia 23 tahun itu mempunyai klausa perlepasan bernilai €100 juta dalam kontraknya yang akan berakhir penghujung musim panas ini.

Perjanjian barunya bersama kelab mungkin akan menyebabkan klausa tersebut dihapuskan dan Barcelona boleh membelinya dengan nilai pasaran semasa.

Martinez telah menjaringkan 21 gol dari 49 penampilan untuk skuad kendalian Antonio Conte pada musim lalu.

Inter Milan menamatkan kempen 2019/20 dengan berada di kedudukan kedua dan hanya satu mata sahaja dipisahkan dari Juara musim ini, Juventus.

Beliau pada awalnya menyertai Inter Milan pada tahun 2018 dari Racing Santander di Argentina.

Inter Milan mendapatkan khidmat pemain muda itu hanya dengan nilai perpindahan bernilai £20 juta.

Setelah Lautaro Martinez menolak tawaran dari Barcelona itu, pengurusan kelab semakin bingung untuk mencari pengganti terbaik bagi menggantikan Messi.

Memphis Depay dan Sadio Mane antara nama yang kini dikaitkan sebagai pengganti Messi di Barcelona dan gergasi Catalan itu juga sedang berunding untuk mendapatkan kedua-dua pemain tersebut.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.