Marc Jurado secara tidak sengaja telah mendedahkan bahawa beliau bakal berpindah dari Barcelona ke Manchester United tidak lama lagi.
Beliau dengan tidak sengaja telah mendedahkan perkara itu menerusi satu komen dari sosial medianya.
Setan merah telah bersetuju untuk menandatangani pemain pertahanan kanan Sepanyol berusia 16 tahun itu pada bulan Mey lalu.
Barcelona wonderkid Marc Jurado 'confirms' Manchester United transfer https://t.co/Vqf0DXrkRh
— standardsport (@standardsport) August 19, 2020
Namun pihak kelab masih belum mengumumkan secara rasmi lagi tentang berita perpindahan bintang muda itu ke Old Trafford.
Jurado secara tidak sengaja membalas komen dari Bruno Fernandes di laman Instagram dan komennya menjelaskan bahawa beliau kini sudah bersama setan merah.
Bintang tengah Portugal berusia 25 itu telah memuat naik status di laman Instagram miliknya dengan menyatakan:
“Sayang sekali perjalanan kami dalam saingan Europa League berakhir disini. Ianya perkara yang tidak pernah kami fikirkan. Kami sangat mahukan untuk beraksi di pentas perlawanan akhir dan berazam untuk menjulang Piala yang kami impikan itu.”
“Kami beraksi dengan sangat baik dalam perlawanan tersebut dan sepertinya kami tidak patut berhenti disitu sahaja.”
A young FC Barcelona defender has seemingly leaked his imminent transfer to Manchester United on social media. #SLInt https://t.co/ryXaZitA9b
— Soccer Laduma (@Soccer_Laduma) August 19, 2020
“Ianya masa terbaik untuk kami berehat dan menyiapkan segala persediaan untuk kembali lebih bagus serta memastikan kami berjaya mencapai apa yang kami harapkan untuk musim hadapan.”
“Terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya dan kepada semua staff yang menerima serta melayan saya dengan baik sepanjang hampir tiga bulan saya bersama pasukan setan merah ini.”
“Saya harap saya akan dapat belajar lebih banyak perkara dan terus perbaiki aksi saya supaya bertambah bagus serta memenangi lebih banyak Piala bersama United di masa hadapan.”
“Kita tewas bersama, kita tanggung segala kesilapan bersama dan bersama kita kembali membangun.#MUFC.”
Tulis Bruno Fernandes di laman Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Jurado telah meninggal komen dengan menyatakan:
“Kita harus terus berusaha.”
Marc Jurado appears to confirm Manchester United transfer in reply to Bruno Fernandes on Instagram #mufc https://t.co/GTlJ180324
— Man United News (@ManUtdMEN) August 19, 2020
Secara tidak sengaja ianya menjelaskan bahawa beliau telah mendedahkan tentang perpindahannya ke Old Trafford yang masih belum diumumkan secara rasmi.
Dalam masa yang sama, setan merah juga dilaporkan bakal menandatangani Alvaro Fernandez dan Tromso’s Isak-Hansen Aaroen dari Real Madrid bersama Jurado.
Menurut laporan dari Sepanyol, Jurado menandatangani perjanjian selama tiga tahun dari Barcelona ke United dan setan merah hanya mengeluarkan dana yang kecil sahaja untuk mendapatkan bintang muda berbakat itu.