Bielsa Arah Rodrigo Sertai Skuad B-23 Leeds Selepas Gagal Kalahkan Arsenal

Leeds United tidak bernasib baik kerana gagal meraih kemenangan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal pada Ahad lalu.

Perlawanan tersebut tidak menyembunyikan hakikat jentera serangan Leeds. Rodrigo Moreno misalnya sekadar mengegarkan tiang gol pada babak akhir perlawanan.

Walaupun beraksi hanya sebahagian daripada perlawanan tersebut, ia tidak menghalang Bielsa daripada menghantar pemain penyerangnya itu ke skuad Bawah-23 Leeds United untuk mendapatkan lebih banyak minit perlawanan.

Rodrigo tidak beraksi penuh dalam perlawanan Ahad lalu, dan hanya dimasukkan dari bangku pemain simpanan dalam usaha Leeds memburu gol kemenangan menentang Arsenal yang beraksi dengan 10 pemain.

24 jam kemudian, Rodrigo sekali lagi dikerah untuk beraksi bersma skuad B-23 untuk perlawanan menentang Wesr Bromwich Albion.

Keputusan dari Bielsa itu dipercayai kerana tahap kecergasan pemain tersebut yang tidak berada di paras yang diharapkan selepas baru pulih dari kecederaan.

Memberikan lebih banyak minit perlawanan dipercayai akan membantu meningkatkan kecergasan dan ketajaman Rodrigo di atas padang.

Bielsa tiada pilihan selain mengarahkan Rodrigo beraksi bersama skuad B-23 kerana tiada perlawanan lain membabitkan skuad utama yang berlangsung pada pertengahan minggu ini.

Rodrigo bukan satu-satunya pemain yang dikerah oleh Bielsa untuk berbuat demikian.

Selain penyerang antarabangsa Sepanyol itu, turut diarahkan untuk melakukan perkara yang sala ialah Pascal Struijk, Ian Poveda dan Kiko Casilla.

Corak permainan bola sepak oleh Leeds United di bawah Bielsa sememangnya dikenali dengan corak permainan pressing yang agresif dan memerlukan setiap pemain berada di tahap terbaik.

Sejak berhijrah dari Valencia untuk menyertai Leeds, Rodrigo telah pun merasai 340 minit aksi bersama skuad utama, namun hanya berjaya mendaftarkan satu gol dalam perlawanan menentang Manchesyer City.

Di kebanyakkan kelab-kelab eropah yang lain ia bukan kebiasaan untuk meletakkan pemain utama untuk menyertai latihan dan perlawanan skuad simpanan atau bawh umur.

Di England keadaan adalah berbeza di mana ia sering kali digunakan oleh jurulatih untuk membina kecergasan pemain utama mereka.

Era Louis van Gaal bersama Manchester United misalnya pernah menyaksikan pemain seperti Memphis Depay, Radamel Falcao, dan Wayne Rooney beraksi bersama skuad B-23.

Ia juga pernag mengundang kontroversi apabila penjaga gol, Victor Valdes enggan menyertai skaud B-23 Man United setelah perpindahan secara percuma dari Barcelona.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.