Bidaan Manchester United Untuk Sancho Ditolak Oleh Dortmund

Menurut sumber laporan dari Jerman, bidaan Manchester United bernilai €100 juta untuk mendapatkan Jadon Sancho telah ditolak oleh Borussia Dortmund.

Setan merah sebelum ini sering dikaitkan dengan perpindahan pemain sensasi Dortmund, Jadon Sancho pada musim panas ini.

United juga masih lagi dalam usaha untuk mendapatkan pemain kebangsaan England itu sebelum jendela perpindahan ditutup 5 Oktober ini.

Akan tetapi masalah utama untuk urusan perpindahan ini adalah, Dortmund tidak mahu berunding dengan United sekiranya kelab dari premier league itu tidak membida nilai £100 juta yang mereka minta.

Bryan Swanson dari Sky Sports melaporkan bahawa kelab dari Jerman itu telah menolak tawaran dari United untuk mendapatkan Sancho.

Baki kontrak Jadon Sancho bersama Borussia Dortmund akan tamat pada tahun 2023 dan kelab tidak akan mengambil risiko kerugian untuk melepaskannya dengan nilai yang lebih rendah dari sepatutnya.

Menurut laporan sama juga, bidaan terbaru yang dihantar oleh United bernilai €80 juta dengan tambahan bonus dan sebagainya bernilai €100 juta.

Sebelum ini lagi Dortmund telah meletakkan tarikh akhir pada 10 Ogos kepada United untuk mengakhiri perjanjian berkaitan Sancho yang merupakan pemain sasaran utama skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer pada musim panas ini.

Sancho yang kini berusia 20 tahun tidak mengikuti rombongan Dortmund ke Allianz Arena bertemu seteru utama mereka Bayern Munich untuk kejuaraan DFL-Supercup.

Dortmund telah mengumumkan bahawa pemain kebangsaan England itu mengalami masalah kesihatan, namun beliau sudah di sahkan negatif jangkitan wabak Co-19.

Ketua pasukan, Marco Reus telah menolak dakwaan bahawa Sancho akan pergi ke Old Trafford dan menyatakan bahawa rakan sepasukannya itu akan terus kekal bersama Dortmund setidaknya satu musim lagi.

“Kami semua gembira selepas mengatahui bahawa dia akan terus bersama kami setidak-tidaknya setahun lagi kerana dia pemain yang banyak menyumbangkan assists dan menjaringkan gol.”

“Dia berpotensi untuk menjadi bintang sebesar Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi, kita akan lihat nanti.”

“Dia perlukan masa, pengalaman dan ianya sangat penting bagaimana dia menguruskan sesuatu hal ketika terjadi perkara tidak bagus. Tetapi dia mempunyai keyakinan dan kualiti.”

Jelas Marco Reus kepada Sky Sports.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.