Musim 2019/20 berakhir dengan kekecewaan buat Manchester City. Skuad kendalian Pep Guardiola dilihat memiliki peluang yang baik untuk mara jauh di pertandingan Champions League pada musim ini, namun dikecewakan oleh Lyon di suku akhir.
Guardiola dikritik kerana pendekatannya yang lebih menekankan taktik bertahan untuk mematikan ancaman Lyon dalam perlawanan tempoh hari.
Sebaliknya langkah tersebut membuatkan ancaman daripada City terhadap lawan menjadi terhad.
David Silva dan Riyad Mahrez misalnya hanya dimasukkan pada babak kedua, manakala Phil Foden dan Bernardo Silva langsung tidak beraksi.
Bernardo Silva is a Manchester City Ultra pic.twitter.com/b44GghbtfF
— ℝ𝕪𝕒𝕟 🌃 (@SuperbiaCity) July 2, 2020
Kekalahan kepada Lyon bermakna musim City telah berakhir, dan ia seperti tidak diterima dengan baik oleh Bernardo Silva.
Silva telah melabel penyokong Liverpool yang tidak henti-henti mengejek dirinya sebagai ‘menyedihkan’ di Twitter.
Silva adalah pemain yang bersikap acuh tak acuh sambil minum kopi ketika memberikan ‘Guard of Honor’ kepada Liverpool selepas kelab merseyside itu disahkan selaku juara ketika berkunjung ke Etihad tempoh hari.
Selepas City tersingkir dari Champions League, penyokong-penyokong Liverpool menggunakan media sosial untuk mengejek Silva. Dan perkara itu mungkin telah membuatkan pemain itu sentap.
And to all Liverpool fans that have nothing else to do than to come to a Man City player account, I’m also sorry for you but for the wrong reasons…😂 pathetic… go celebrate your titles, or try to find a partner, drink a beer with a friend, read a book…🤦🏻♂️ so many options!😅
— Bernardo Silva (@BernardoCSilva) August 16, 2020
Segalanya berpunca daripada satu ciapan oleh Silva kepada penyokong Manchester City.
“Musim 2019/20 telah berakhir dengan kekecewaan. Kepada semua penyokong, kami memohon maaf atas kegagalan ini,” tulis Silva.
“Satu-satunya pekara yang boleh kami janjikan ialah pada musim 2020/21 kami akan melakukan yang lebih baik untuk kembali ke landasan kemenangan untuk anda semua!”
Mesej tersebut bagaimanapun dibanjiri oleh penyokong Liverpool sebelum Silva menulis satu ciapan khusus untuk mereka.
“Dan untuk semua penyokong Liverpool yang dah tak ada kerja lain selain masuk ke akaun pemain Man City, saya juga tumpang simpati dengan korang semua…tetapi atas sebab lain…..”pathetic/ sikap kalian menyedihkan,” ujar Silva.
And to all Liverpool fans that have nothing else to do than to come to a Man City player account, I’m also sorry for you but for the wrong reasons…😂 pathetic… go celebrate your titles, or try to find a partner, drink a beer with a friend, read a book…🤦🏻♂️ so many options!😅
— Bernardo Silva (@BernardoCSilva) August 16, 2020
“Pergilah raikan kejuaraan (liga) kamu, atau pergi cari pasngan, minum bir dengan kawan-kawan, atau bacalah buku…. banyak pilihan lain!”
Jelas sekali apa yang dilakukan oleh penyokong Liverpool telah mendapat perhatian Silva.
Setelah meraih gelaran UEFA Champions League pada musim lalu, Liverpool bagaimanapun disekat oleh Atletico Madrid pada musim ini di pusingan 16 pasukan terbaik.
Bagaimanapun skuad kendalian Jurgen Klopp berjaya menamatkan kemarau dan penantian kejuaraan Liga Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun pada musim ini.