Bernardo Silva Sentap, Pemain City Selalu Tak Dapat Anugerah Macam Liverpool

Bernardo Silva meluahkan kekecewaannya kerana pemain Manchester City seringkali tidak diberikan anugerah individu berbanding dengan Liverpool dalam dua musim terakhir.

Silva menegaskan ada beberapa pemain di Man City selayaknya mendapat lebih penghargaan.

Dua pemain Liverpool, Mohamed Salah dan Virgil Van Dijk memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA, walaupun ketika itu Manchester City yang memenangi kejuaraan liga.

Silva memberitahu Bleacher Report: “Saya harap ini bukan contoh tak elok. Namun saya rasa, dalam 3 musim ini saya selalu memikirkan tentang City dan Liverpool.”

“3 musim lalu kami menang liga dan mereka 30 mata di belakang kami. Kevin De Bruyne menikmati musim luar biasa dan Mo Salah menjaringkan banyak gol.”

“Saya sangat minat dengan Salah, dan mereka memberikan anugerah kepada Mo Salah.”

“Musim berikutnya pula, Raheem Sterling bermain dalam prestasi hebat, begitu juga dengan Van Dijk. Akhirnya mereka memberikan anugerah itu kepada Van Dijk. De Bruyne pun menikmati musim yang hebat sekali lagi.”

“Sekarang ini, kami di belakang, dan kerana Liverpool bakal menjadi juara, saya rasa pemenang anugerah akan dari kalangan pemain mereka lagi.”

Bernardo Silva kemudian mengakui bahawa, ada sesetengah kelab memiliki lebih populariti dan banyak menjadi perhatian media.

“Saya rasa pencapaian individu adalah sangat berkaitan.”

Seterusnya Bernardo Silva tidak menolak kemungkinan akan kembali semua ke Benfica suatu hari nanti, kelab yang beliau sertai sebelum ke AS Monaco.

Tetapi ketika itu, Bernardo Silva gagal menjadi pemain utama dan hanya di pasukan pembangunan mereka.

Buat masa ini beliau selesa di Man City dan tidak mahu terburu-buru dalam memikirkan soal mencari pasukan lain.

“Saya berada di tahap yang sangat menggembirakan dalam karier saya. Saya tak nak kembali ke sana sekarang, namun saya tak nak juga kembali ke sana apabila sudah terlalu tua.”

“Saya nak membantu pasukan saya ketika dalam kondisi fizikal terbaik. Namun saya tak pasti pasal umur. Bukan terlalu tua dan tidak sekarang.”

“Saya peminat Benfica. Ketika kecil saya menghadiri kesemua perlawanan mereka dengan ayah, dan impian saya adalah untuk bermain untuk Benfica.”

“Ketika berusia 19 tahun saya bermain untuk pasukan kedua mereka, dan tak ada peluang merasai pasukan utam kerana pengurus ketika itu merasakan saya tak cukup bagus untuk bermain dengan pasukan utama. Pengurus tak nak dengan saya.”

“Ianya sangat mengecewakan untuk saya, terpaksa pergi ke Monaco, dan saya menikmati karier yang baik di sana.”

“Oleh kerana saya tak pernah bermain untuk pasukan utama, pasukan ‘saya’. Maka ada satu ruang kosong di hati yang perlu saya isi. Cuma, jelas sekali, bukan sekarang.”

“Jika mereka mahukan saya, saya akan pastinya kembali suatu hari nanti.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.