Sukan lumba basikal velodrome bukannya sukan asing di negara kita. Pada hari ini kita memiliki juara dunia Azizulhasni Awang. Namun tahukan anda sejarah sukan ini?
Sukan ini dipercayai sudah wujud sejak pertengahan abad ke-19 lagi. Velodrome tertua di dunia terletak di Preston Park, Brighton yang dibina pada 1877.
Namun pada ketika dahulu, tidak ada saiz standard untuk gelanggang velodrome. Tidak semua trek velodrome berbentuk bujur. Ada yang bulat.
Namun selepas itu pihak Kesatuan Olimpik Antarabangsa (OIC) telah menetapkan standard untuk saiz trek velodrome ini. Dan hanya mengiktiraf kejohanan yang mengikut standard ini sahaja untuk diberikan laluan mara ke sukan olimpik.
Sekitar tahun 1920, banyak trek yang jaraknya di antara 400 meter – 500 meter. Tetapi pada 1960, trek ini mulai dikecilkan kepada kurang 400 meter.
Selepas itu, jarak standard untuk trek velodrome adalah 334 meter. Jarak standard ini digunakan dalam Sukan Olimpik 1968. Jarak yang sama digunakan dalam kejohanan velodrome trek dunia pada 1970 dan 1982.
Bermula pada 1990, saiz trek ini dikecilkan lagi kepada 250 meter sahaja. Dan itulah jarak yang standard yang masih digunakan sehingga ke hari ini.
Pelumba velodrome sangat bijak dalam menyimpan tenaga mereka dan melakukan kayuhan bertenaga pada masa-masa tertentu. Perlumbaan ini sangat bertaktikal terutama sekali untuk perlumbaan berpasukan.
Basikal yang digunakan tidak ada brek dan kaki pelumba di’lock’ pada pedal basikal. Ia berbeza dengan basikal dalam sukan berbasikal yang lain. Kelajuan pelumba boleh melebihi 85 km/j.
Seterusnya, basikal yang digunakan juga hanya ada 1 gear. Biasanya pelumba terkemuka menggunakan basikal yang dibuat oleh Schuermann. Seorang pereka basikal velodrome dari Jerman.
Ada velodrome yang terbuka dan ada juga velodrome yang tertutup. Namun pada hari ini velodrome biasanya tertutup.
Trek untuk kejohanan besar ini biasanya diperbuat daripada kayu ataupun bahan sintetik. Ada juga yang diperbuat daripada simen yang biasa dan bahan-bahan yang lain.
Garisan
Ada garisan khas di trek. Ianya penting untuk pembantu pelumba memastikan mereka tidak meletakkan pelumba masuk ke garisan pelumba lain.
Ada satu zon dipanggil cote d’azur yang ditandakan dengan warna biru di bahagian luar sebelah trek paling dalam. Ianya juga digelar zon keselamatan.
Kira-kira 20 sentimeter daripada kawasan cote d’ azur ada satu garisan hitam digelar garisan pengukur ataupun measurement line yang merupakan garis ukuran kepada jarak panjang trek.
90 sentimeter selepas itu adalah garisan pecutan merah (red sprinter line). Ia diikuti oleh satu garisan biru diberikan nama stayer line. Garisan lain adalah garisan penamat yang biasanya berwarna hitam.
Dari segi zon ada beberapa zon yang anda harus tahu. Zon di dalam sekali sebelum trek adalah zon untuk memanaskan badan para pelumba.
Zon di atas stayer line adalah zon kejar mengejar. Dan zon selekoh 45 darjah di hujung velodrome.
Jenis Perlumbaan
Ada beberapa jenis perlumbaan dalam sukan berbasikal velodrome ini
1. Scratch race
Ia adalah perlumbaan langsung di antara pelumba dalam satu jarak tertentu.
2. Points race
Ini adalah perlumbaan yang melibatkan banyak pusingan. Mata dikira berdasarkan kedudukan pelumba dalam setiap 10 pusingan. Jadi, pelumba yang melepasi garisan penamat pada pusingan terakhir bukan bermaksud mereka pemenang jika pungutan mata mereka rendah.
3. Penyingkiran
Sistem yang digelar elimination race juga dikenali sebagai ‘devil take the hindmost’ ataupun ‘miss and out’. Pelumba yang berada di tangga terakhir setiap pusingan akan disingkirkan sehinggalah tinggal 3 – 5 pelumba untuk menentukan pemenang dalam 2 pusingan terakhir.
4. Madison races
Ini adalah perlumbaan jenis ‘tag-team’. Ada format dengan 3 pelumba, ada juga dengan 2 pelumba yang akan berganti-ganti.
Nama Madison Race ini bersempena dengan perlumbaan pertama dengan format ini di Madison Square Garden pada awal 1900-an. Juga dikenali dengan American Race.
5. Keirin
Ini yang biasa kita dengar. 6-9 pelumba akan bergerak di belakang sebuah motosikal diberi nama Derny. Derny akan memecut dan keluar daripada trek pada pusingan terakhir untuk membolehkan pelumba bersaing sesama mereka.
6. Omnium
Perlumbaan dengan kiraan mata selepas beberapa acara.
Itulah serba sedikit tentang sukan berbasikal velodrome. Sukan ini kian menjadi perhatian di seluruh dunia kerana prestijnya yang makin meningkat.
Sumber