Penyokong di UK bakal dibenarkan untuk kembali menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di stadium selepas perintah lockdown tamat awal Disember nanti.
Perkara ini sudah dibincangkan oleh pemerintah dan pihak kerajaan akan mengumumkan hal tersebut hari ini.
Bermula dari Mac lalu, tiada penonton yang dibenarkan masuk ke dalam stadium untuk menonton apa juga jenis sukan elite.
Supporters will be permitted to attend events in stadiums in England when the national lockdown ends on December 2, says Boris Johnson.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 23, 2020
Namun bermula 2 Disember ini, dengan mengenakan kawalan ketat dan garis panduan tertentu, para peminat bakal dibenarkan untuk kembali ke stadium bagi menyaksikan secara langsung segala acara sukan yang mereka minati.
Minggu lalu, terdapat laporan bahawa pihak Pentadbiran Budaya, Media dan Sukan telah merancang dan memutuskan untuk membenarkan para peminat kembali ke stadium dengan peraturan tertentu dan garis panduan yang ditetapkan.
Perkara tersebut akan berlaku sebaik berakhirnya perintah lockdown di UK yang dilaporkan bakal tamat pada 2 Disember nanti.
Setakat ini hanya sekitar 4,000 penonton sahaja akan dibenarkan untuk berada stadium, di kawasan tier 1 atau separuh dari kapasiti bergantung kepada nilai yang paling kecil.
Liverpool and Everton fans could return to stadiums next month under new tier system plan@IanDoyleSport explains 👇 https://t.co/16vQ07d9x0
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) November 23, 2020
Kerajaan UK akan menetapkan peraturan yang lebih ketat, tidak sama seperti yang berlaku ketika sebelum mereka melancarkan perintah lockdown.
Bermula 2 Disember hanya kawasan yang paling kurang dijangkiti oleh wabak tersebut sahaja yang akan dibenarkan mempunyai lebih ramai penonton.
Tier kedua pula sekitar 2,000 penonton atau separuh dari kapasiti, atau mana yang lebih rendah dan untuk tier ketiga pula, masih lagi tidak dibenarkan untuk mana-mana penonton berada.
Breaking: The Prime Minister is set to make announcement this afternoon re return of crowds to sport. Tiered approach. BBC Sport understands max 4,000 fans will be allowed to attend outdoor events in lowest-risk areas after national lockdown. No crowds in highest-risk areas.
— Laura Scott (@LauraScott__) November 23, 2020
Acara indoors akan membenarkan separuh dari kapasiti maksimum untuk outdoors, ini bermaksud lebih dari 2000 orang akan dibenarkan untuk masuk ke Alexandra Palace untuk acara World Darts Championship pada hujung tahun ini, selagi mana London masih diletakkan di tier satu.
Sebelum ini, dijangkakan apabila penonton bakal kembali nanti, ianya akan diambil kira dari peratusan kapasiti sesebuah stadium, namun apa yang bakal dilaksanakan adalah lebih kepada had umum.
Dunia sukan kini menderita dari segi kewangan apabila terpaksa diteruskan tanpa kehadiran penonton dan terdapat kelab dari beberapa jenis sukan kini berada dalam bahaya sekiranya penonton masih lagi tidak dibenarkan untuk kembali.
Christmas has come early!
Boris Johnson has confirmed that fans will be allowed back in stadiums from NEXT WEEK 🎉https://t.co/a89XdmLLph
— talkSPORT (@talkSPORT) November 23, 2020
Peminat dari industri sukan sebelum ini berasa sedikit kecewa, yang mana ketika sebelum perintah lockdown kedua pada awal bulan lalu, pawagam dan pementasan teater dibuka kepada umum, sementara dunia sukan masih ditutup.