Berapa Juta Mayweather Dan McGregor Dapat Daripada Pertarungan Mereka?

Floyd Mayweather dan McGregor sedang menikmati dan mengira duit yang masuk ke dalam bank mereka.

Pertarungan kedua-dua atlet ini adalah lebih kepada pertunjukan dan juga pertarungan buat duit. Berapa agaknya nilai pendapatan dan nilai komersil hasil daripada pertarungan ini?

Pada 2015, ketika pertarungan Mayweather dan Pacquiao, ianya telah memecahkan rekod bayar untuk setiap tontonan (pay per view/PPV) dengan pendapatan lebih 4.5 juta langganan dari seluruh dunia.

Setiap langganan bernilai pada kadar purata $99. Ini bermakna, perlawanan tersebut mengutip PPV sebanyak lebih $400 juta.

Pada hari ini selepas bertarung 10 pusingan dengan McGregor, Mayweather mendapat sekurang-kurangnya $180 juta.

Pertarungan ini ditonton dengan menyaksikannya dengan tiket kadar premium, serta PPV. Untuk PPV, setiap negara memiliki kadar yang berbeza.

Komisioner Sukan Nevada mengesahkan yang Floyd Mayweather mendapat habuan sekurang-kurangnya $100 kerana menang dan Conor McGregor mendapat sekurang-kurangnya $30 juta.

Untuk tontonan PPV, dikatakan pertarungan ini hampir sama dengan nilai yang dijana oleh pertarungan Mayweather-Pacquiao iaitu lebih $300 juta. Jumlah keuntungan keseluruhan pertarungan ini adalah sekitar $700 juta.

Jumlah wang ini lebih banyak kepada Mayweather. Ini kerana pencahan untuk Mayweather kerana dilaporkan ada pernjanjian khas untuk memberikan Mayweather sekitar 70-30 jika beliau menerima untuk bertarung dalam pertarungan ini.

Buat masa ini, nilai PPV pertarungan ini dikatakan sekitar $400 juta. Namun angka ini mungkin jauh lebih besar kerana McGregor memiliki ramai peminat.

Sebelum pertarungan ini, pihak penganjur telah melakukan publisiti luar biasa. Banyak cerita dijaja dan sensasi diwujudkan dengan McGregor berterusan memprovokasi kem Mayweather. Begitu juga sebaliknya.

Episod bertikam lidah dan sensasi ini dapat menarik lebih ramai audien untuk melanggan PPV. Pada masa yang sama, pihak penganjur dengan bangga menunjukkan harga tiket yang sangat mahal dan tidak masuk akal.

Ini turut menaikkan semangat peminat luar untuk membeli PPV. Kerana bagi mereka, kalau nak harap beli tiket pertarungan di T-Mobil Arena agak mustahil. $99 tu bayar sajalah!

Lebih menarik di Malaysia, Astro menawarkan sekitar RM75 sahaja untuk PPV! Wow!

Tiket perlawanan ini ada 20,000 unit dengan kadar premium. Untuk tempat duduk berdekatan ring, ianya berharga £18,000 dan £30,000. Untuk yang membeli tempat duduk bertingkat, paling murah adalah £2,000.

Jumlah jualan tiket Mayweather-Pacquiao sebelum ini sekitar £70 juta dan ‘sold out’ 2 bulan sebelum pertarungan. Jumlah sebenar kutipan tiket untuk Mayweather-McGregor masih belum didedahkan namun ianya dijangka tidak jauh daripada angka Mayweather-Pacquiao.

Ini adalah gambar rajah penaja dan jumlah tajaan yang mereka bayar untuk pertarungan ini.

Floyd Mayweather sahaja dikatakan berjaya mendapatkan tajaan bernilai £20 juta hanya untuk pertarungan ini.

Jadi buat masa ini, angka tidak rasmi yang diperoleh kedua-dua petinju ini adalah $230 juta Mayweather dan $70 juta untuk Conor McGregor. Ini belum tambah lagi bayaran yang sedang dikira-dikira dalam beberapa hari ini dan akan masuk ke akaun mereka kemudian.

Buat masa ini, kedua-dua petinju masih menunggu angka sebenar PPV untuk menambahkan lagi jumlah pendapatan mereka daripada perlawanan ini.

Wah! betul-betul buat duit ni!

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.