Karim Benzema mungkin terpaksa memberikan penjelasan akan tindakannya menghasut pemain lain di dalam kem Real Madrid untuk ‘memulaukan’ Vinicius Jr. ketika perlawanan Champions League menentang Borussia Monchenladbach semalam.
Semalam satu rakaman video tersembunyi membabitkan perbualan Karim Benzema dengan Ferland Mendy menjadi tular.
Rakaman kontroversi Benzema
Rakaman itu diambil di terowong pemain Borussia-Park. Benzema dilihat berbicara dengan Ferland Mendy di dalam Bahasa Perancis.
“Jangan bermain dengan dia. Atas nyawa ibu saya, dia [Vinicius] bermain menentang kita.”
Karim Benzema tells Ferland Mendy not to pass to Vinicius Jr at half-time during last night’s game between Gladbach & Real Madrid: “Brother don’t play to him. On my mother’s life. He is playing against us.” pic.twitter.com/zmpciQRgAV
— Get French Football News (@GFFN) October 28, 2020
Video tersebut didedahkan oleh Telefoot selepas perlawanan pada awal pagi tadi yang menunjukkan pemain Real Madrid sedang keluar dari bilik persalinan menuju ke terowong pemain untuk memulakan babak kedua perlawanan.
Pada ketika Benzema berkata sedemikian kepada Mendy, Vinicius berada berdekatan, namun pemain yang dilahirkan oleh akademi Flamengo itu mungkin tidak memahami apa yang dikatakan oleh kedua-dua rakan sepasukannya itu.
0 – Karim Benzema didn't pass a single ball to Vinicius Jr in the second half in the Champions League game vs Borussia Mönchengladbach (three in the first half). Distance. pic.twitter.com/OJ52Qh2Qym
— OptaJose (@OptaJose) October 28, 2020
Karim Benzema yang sudah bersama Real Madrid sejak 2009 lagi seperti mahu membunuh karier Vinicius sekiranya rakaman ini dijadikan bukti.
Dalam perlawanan menentang Borussia Monchengladbach pada awal pagi tadi yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2, rakaman video tersebut menuduh Vinicius bermain untuk menentang pasukannya sendiri.
Punca kebencian Benzema
Tindakan oleh Benzema itu bagaimanapun dipercayai disebabkan oleh rasa kecewa pemain dari Perancis itu terhadap Vinicius.
Walaupun produk akademi Flamengo itu mempunyai kemahiran menggelecek yang cukup hebat dan mempunyai sentuhan yang menarik, beliau juga sebenarnya sangat cuai ketika bersama bola.
Dalam perlawanan semalam, Vinicius Junior jelas beberapa kali telah kehilangan bola dan kerap menjadi punca Madrid hilang penguasaan ketika menyerang.
Karim Benzema was caught on camera telling Ferland Mendy to not pass to Vinicius Jr during Real Madrid's match with Gladbach 😳 pic.twitter.com/KgCAClHNBq
— Goal (@goal) October 28, 2020
Beliau turut terlepas peluang keemasan ketika Federico Valverde membuka ruang yang cukup untuk beliau sepatutnya menjaringkan gol.
Vinicius Junior juga telah mendapat penilaian paling rendah dari MARCA dalam penilaian pemarkahan pemain mereka dalam perlawanan tersebut.
Former Milan star Alessandro Costacurta was stunned by Karim Benzema telling Real Madrid teammates not to pass it to Vinicius. ‘I’ve never heard of anything like it.’ https://t.co/U3gjGBdD15 #FCIM #RealMadrid #UCL #BMG pic.twitter.com/ltccUavSW0
— footballitalia (@footballitalia) October 28, 2020
Ketika Real Madrid ketinggalan 2-0 kepada pasukan dari Jerman itu, Vinicius Junior telah dikeluarkan pada minit ke-70 dan digantikan dengan Eden Hazard.
Real Madrid berjaya bangkit dengan menjaringkan dua gol di minit akhir perlawanan menerusi Benzema dan Casemiro untuk mengelakkan mereka dari tewas dalam dua perlawanan berturut-turut dalam saingan liga Juara-juara musim ini.
Benzema perlu ingat apa Ronaldo pernah lakukan
Pada usia 32 tahun pada hari ini, Benzema dianggap sebagai salah seorang pemain senior dan pemimpin di dalam bilik persalinan Real Madrid.
Setelah agak lama bersama Real Madrid, Benzema sepatutnya lebih matang dan mengetahui makna bebanan yang perlu dihadapi oleh seseorang pemain ketika menyarung jersi Los Blancos.
Benzema sendiri tidak lari dari hakikat itu dan pernah mengalami sendiri tempoh yang sukar. Seperti yang kita tahu, penyokong Real Madrid tidak akan bertoleransi dengan prestas tidak menentu, dan Benzema sendiri pernah menjadi cemuhan di Santiago Bernabeu.
C. Ronaldo asked Real Madrid fans to never booo Benzema again.
Ronaldo gave him his penalty and Benzema scored it.
Today Benzema became the 4th player to score against 30+ different opponent in the Champions League along side Messi, Raúl & C. Ronaldo.pic.twitter.com/2HpW0ElT5W
— Serial Tweeper🕷 (@serialTweeper) October 27, 2020
Dan pada ketika beliau menampilkan prestasi tidak menentu pada ketika itu, Benzema masih lagi menerima sokongan dari rakans sepasukan khususnya dari Cristiano Ronaldo.
Pada 2018 misalnya, Ronaldo pernah merayu agar penyokong menghentikan cemuhan boooo kepada Benzema selepas pemain itu gagal memanfaatkan peluang dalam perlawanan menentang Real Sociedad.
Seminggu selepas insiden tersebut, Ronaldo meminta penyokong Real Madrid memberikan tepukan kepada Benzema yang melakukan assist kepada beliau.
Quando o Benzema estava sendo bastante criticado em 2018, após marcar um gol contra o Alavés, o Cristiano pediu para que a torcida aplaudisse o Benzema, e não ele.
No mesmo jogo, ele cedeu um pênalti pro Benzema marcar. Isso que é atitude de líder! 😉pic.twitter.com/FjftqZuCGB
— Archive Cristiano (@archivegoat) October 28, 2020
Dalam perlawanan yang sama, Ronaldo turut menolak peluang melengkapkan hatrik selepas Gareth Bale dijatuhkan di dalam kotak penalti. Sebaliknya bintang Portugal itu memberikan bola kepada Benzema untuk sepakan disempurnakan.
Sedikit sebanyak apa yang dilakukan oleh Ronaldo di atas telah memulihkan keyakinan Benzema, dan mendapatkan kembali sokongan penyokong terhadap beliau.
Berdasarkan apa yang dilakukan oleh Ronaldo itu, apakah hak Benzema untuk memperlekehkan Vinicius sedemikian rupa? Apatah lagi pemain dari Brazil itu hanya berusia 20 tahun dan semestinya memerlukan pemain senior untuk bimbingan.