Benteng ‘Score If You Can’ Dibayar Lebih RM5 Juta Seminggu

Apabila kita mahukan sesuatu yang bagus maka kita perlulah sanggup untuk membayar harga yang tinggi untuknya.

Itulah yang dilakukan oleh Manchester United. Mereka sanggup melabur angka sangat besar untuk benteng pertahanan.

Manchester United telah menguatkan benteng pertahanan mereka pada musim ini.

Mereka melakukan pembelian mahal dengan membawa masuk Harry Maguire serta Aaron Wan Bissaka.

Harry Maguire diberikan gaji £190 ribu seminggu. sementara itu untuk Aaron Wan-Bissaka beliau mendapat £90 ribu seminggu.

Manchester United membayar harga £130 juta untuk Harry maguire serta Aaron Wan Bissaka.

Mereka juga telah melanjutkan kontrak David De Gea dengan Luke Shaw.

Aksi cemerlang Luke Shaw musim lalu membuatkan pemain itu mendapat anugerah pemain terbaik tahunan Manchester United menewaskan bintang-bintang yang lain harga dalam pasukan gergasi England itu.

Manchester United tanpa berfikir panjang terus menawarkan kontrak besar kepada Luke Shaw walaupun pemain itu sebelum ini dikritik oleh Jose Mourinho sebagai ada masalah berat badan berlebihan.

Luke Shaw telah ditawarkan kontrak £200 ribu seminggu. Dan beliau gembira untuk mendapat angka tersebut di Manchester United.

Tidak cukup dengan itu Manchester United telah berusaha untuk meyakinkan David De Gea untuk terus kekal bersama dengan mereka.

De Gea sebelum ini pernah meminta gaji yang sangat tinggi di Manchester United. Pemain itu dikatakan meminta angka yang ditawarkan oleh pasukan Paris Saint-Germain kepada beliau.

Selepas pada awalnya Manchester United keberatan untuk membayar angka yang terlalu tinggi, akhirnya mereka bersetuju.

Ini selepas mereka berjaya melepaskan beberapa pemain seperti Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez serta Chris Smalling.

Dua pemain iaitu Alexis Sanchez dan Chris Smalling pergi secara pinjaman. Bagi Alexis Sanchez Manchester United membayar sebahagian daripada gaji beliau ketika tempoh pinjaman di Inter Milan.

Hasil daripada penyusunan itu mereka akhirnya berjaya untuk mendapat dana tambahan bagi memenuhi kehendak De Gea. Mereka membayar penjaga gol itu dengan nilai £375 ribu seminggu.

Victor Lindelof tidak ketinggalan untuk menerima pakej bonanza iaitu £120 ribu seminggu.

Jadi kesemua lima pemain tersebut telah menjana pendapatan sekitar £975 ribu seminggu ataupun sekitar RM5.23 juta seminggu.

Peminat Manchester United sangat teruja dengan dan 35 pemain ini di bahagian belakang.

Kejayaan untuk mencetak clean sheet dalam aksi pertama berhadapan dengan pasukan Chelsea telah membuatkan gandingan lima pemain ini di belakang digelar sebagai benteng kebal untuk pasukan Manchester United.

Lalu ada peminat yang terus memuat naik cabaran kepada pasukan lain dengan berkata ‘skor la kalau kurang boleh’.

Sebagai perbandingan Liverpool hanya membayar £388 ribu seminggu untuk benteng pertahanan mereka.

•Alisson: £90k
•Robertson: £50k
•Van Dijk: £180k
•Gomes: £28k
•Trent: £40k
Total: 388k seminggu

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.