Said Benrahma telah mencipta detik teristimewa dalam kariernya selepas berjaya menjaringkan gol yang sungguh hebat ketika bertemu Fulham dalam saingan Carabao Cup.
Fulham berkunjung ke Brentford Community Stadium untuk perlawanan pusingan keempat Carabao Cup menentang Brentford.
Benrahma berjaya mencuri tumpuan ramai selepas mempamerkan aksi sungguh hebat dalam perlawanan tersebut.
OH MY LORD ! What a goal by Said Benrahma @dzfoot @dzfoot_en @bylka613_ #TeamDZ 😱😱😱 pic.twitter.com/Ehn21bDa5K
— 🇩🇿⚽️ DzairBola Videos (@AlgeriaFootVid) October 1, 2020
Beliau berjaya menjaringkan gol yang luar biasa dalam membantu Brentford menewaskan Fulham 3-0 untuk mara ke pusingan seterusnya.
Brentford membuka tirai jaringan pada minit ke-37 perlawanan menerusi Marcus Forss dan menamatkan babak pertama perlawanan dengan keputusan 1-0.
Benrahma yang beraksi cemerlang dalam perlawanan ini menjaringkan gol kedua untuk Brentford pada minit ke-62 perlawanan selepas menerima hantaran dari Ethan Pinnock.
15 minit kemudian, pemain yang digelar Algerian Messi itu berjaya untuk menjaringkan gol yang sungguh menakjubkan.
🏆 We all know which one he'll treasure more …#BrentfordFC #Crash4 pic.twitter.com/aunsvrSrtc
— Brentford FC (@BrentfordFC) October 1, 2020
Pemain kebangsaan Algeria itu dengan bergayanya telah menutmeg pemain pertahanan Fulham, Michael Hector dengan gaya back-heel yang sungguh kemas sebelum melepaskan rembatan padu menerjah gawang lawan.
beliau kelihatan sungguh tenang dan begitu yakin sekali untuk menutmeg pemain lawan dan melepaskan rembatan yang tepat menerjah gawang gol Fulham.
Gol cantik jaringannya itu berjaya untuk menarik perhatian ramai pihak dan hangat dibincangkan di media sosial.
That performance showed why benrahma is too good to be in the championship and needs to come to the prem
— Eesa Hussain (@CfcEesa) October 1, 2020
Said Benrahma, that was too much!
— James Benge (@jamesbenge) October 1, 2020
Benrahma just did that on TV 😂😂 he needs to be in the premier league , to much quality
— Darren Bent (@DarrenBent) October 1, 2020
The police should be called for that nutmeg by Benrahma 🐝👌😂
— Glenn🐝🇬🇧 (@Glenn_Bees) October 1, 2020
“Bagaimana pemain seperti dia masih bermain bersama Brentford?”
“Pemain sehebat ini pastinya akan dipancing oleh pasukan dari premier league sebelum jendela perpindahan ditutup Isnin ini.”
“Mengapa tiada kelab yang menandatangani pemain ini, saya sendiri pon tak faham.”
Begitulah antara komen-komen dari peminat yang begitu teruja menyaksikan kehebatan yang dipamerkan oleh Benrahma dalam perlawanan itu.
Benrahma telah menjadi pemain tumpuan dengan adanya spekulasi yang menyatakan bahawa beberapa kelab dari saingan premier league sedang memerhatikan beliau.
Benrahma’s agent: “Nobody is trying to sign you, Said.”
Benrahma: “Hold my beer…” pic.twitter.com/lMFMDQC2yo
— Transfer News (@TransferChecker) October 1, 2020
Dengan jendela perpindahan bakal ditutup dalam tempoh beberapa hari lagi, pastinya akan ada kelab yang mahu mencuba untuk membida pemain tersebut.
Aston Villa merupakan antara pasukan yang sangat berminat untuk menandatangani pemain berusia 25 tahun itu dan bersedia untuk menawarkan £25 juta kepada Brentford.
Said Benrahma stop it. The man has a family 🤯 pic.twitter.com/AVNE4vILjH
— Kyri Demetriou (@Kyri_D) October 1, 2020
Get Benrahma to the Premier League… now.
— Regista (@Regista) October 1, 2020
Skuad kendalian Dean Smith sebelum ini sudah berjaya untuk menandatangani salah seorang pemain dari Brentford, Olie Watkins dengan nilai £33 juta.
Namun tidak pasti sama ada Villa mampu untuk menandatangani seorang lagi pemain dari Brentford sebelum jendela perpindahan ini ditutup atau Benrahma mungkin bakal disambar oleh pasukan lain.