Bendera Dan Lampu Amaran Dalam MotoGP Serta Fungsinya

Perlumbaan MotoGP merupakan salah satu perlumbaan yang berkelajuan tinggi dengan jentera dua tayar  yang mampu mencecah 340km/h. Dalam perlumbaan yang penuh mendebarkan ini terdapat bendera dan lampu amaran yang digunakan untuk memberi nasihat dan memberi amaran kepada penunggang.

Tujuan bendera dan lampu amaran ini diperkenalkan adalah untuk menyampaikan maklumat penting perlumbaan kepada penunggang.

Bendera-bendera ini akan dikibarkan oleh marshall dan ditempatkan di tempat-tempat tertentu di dalam kawasan litar perlumbaan. Setiap penunggang perlulah mengetahui dan memahami setiap bendera yang dikibarkan semasa perlumbaan berlangsung.

Semua bendera yang dikibarkan oleh marshall perlumbaan memberikan maksud dan arahan tersendiri dan perlu dipatuhi setiap pelumba

Kegagalan mematuhi  bendera dan lampu amaran yang ditunjukkan akan mengakibatkan pelumba dihukum. Hukuman yang diberikan adalah bergantung kepada keseriusan kesalahan penunggang dalam mematuhi amaran dan arahan yang diberikan.

Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan akibat pelanggaran amaran bendera ini adalah seperti pemotongan mata kejuaraan, pandu lalu kawasan pit, penalti dengan penambahan masa perlumbaan, hilang kelayakan berlumba, bermula dari petak belakang atau sebagainya seperti yang telah ditetapkan oleh peraturan yang sedang berkuatkuasa.

Berikut adalah bendera dan lampu amaran yang digunakan dalam perlumbaan MotoGP.

Checkered Flag (Bendera penamat)

Foto – motosport.com

Merupakan bendera yang paling digemari oleh penunggang yang mendahului perlumbaan. Bendera yang berkotak-kotak kecil berwarna hitam putih ini akan dikibarkan di garisan penamat menandakan bahawa perlumbaan telah berakhir.

Pelumba pertama yang melintasi garisan penamat dengan dan dikibarkan bendera ini dikira sebagai pemenang perlumbaan dan begitulah kedudukan seterusnya ditentutkan.

Black Flag (Bendera hitam)

blank
Foto – ketemulagi.com

Bendera hitam. Bendera yang akan dikibarkan di setiap kawasan yang mempunyai marshall. Bendera ini akan dikibarkan bersama-sama dengan nombor pelumba. Bendera ini memberikan arahan bahawa pelumba berkenaan tidak lagi dibenarkan berlumba  dan perlu kembali ke pit.

Ini merupakan salah satu hukuman dalam perlumbaan MotoGO. Pelumba juga tidak dibenarkan melakukan ‘restart’. Dengan kata mudahnya, pelumba yang menerima bendera ini menandakan bahawa mereka telah ‘disqualified’ perlumbaan tersebut.

Antara pelumba terkemuka yang pernah menerima hukuman ini adalah Marc Marquez dalam perlumbaan  Tissot Australian Grand Prix musim 2013 yang menyaksikan Jorge Lorenzo meraikan kemenangan ke 50 dalam kerjaya sebagai pelumba MotoGP.

Black Flag With Orange Disc (Bendera hitam dengan bulatan oren)

Foto – MahindraRacing

Bendera ini bertujuan untuk memaklumkan pelumba bahawa jentera mereka mengalami masalah teknikal. Amaran ini dikeluarkan supaya pelumba dapat keluar dari litar perlumbaan dengan kadar segera sebelum masalah yang dihadapi mendatangkan masalah kepada dirinya serta pelumba lain di dalam litar. Bendera ini juga dipamerkan bersama nombor pelumba.

White Flag with diagonal Red Cross and Yellow & Red Striped Flag 

 

Foto – The Bike Insurer

Kombinasi bendera Flag with diagonal Red Cross (Bendera putih dengan palang merah) dan Yellow & Red Striped Flag (Bendera Kuning dengan jalur merah) ini akan dikibarkan di sektor-sektor tertentu bagi menandakan hujan telah turun.

Foto – Sisila Magazine

Ia juga memberi amaran kepada pelumba bahawa keadaan litar adalah basah kerana hujan telah mula turun.

White Flag (Bendera putih)

Foto – Motogp

Bendera ini hanya dikibarkan pada perlumbaan MotoGP™. Bendera ini menunjukkan bahawa pelumba dibenarkan untuk menukar  jentera. Walaubagaimanapun peraturan ini hanya digunakan jika keadaan cuaca berubah dari panas ke hujan atau sebaliknya.

Dalam istilah perlumbaan MotoGP™, ia dikategorikan sebagai perubahan klasifikasi perlumbaan dari ‘dry race’ ke ‘wet race’ atau vice versa.

Blue Flag (Bendera biru)

Foto – autopsort

Bendera ini akan dikibarkan oleh marshall untuk menunjukkan bahawa mereka akan didahului oleh pelumba di belakang dan perlu memberikan laluan. Biasanya bendera ini digunakan semasa ujian kelayakan ataupun sesi latihan bebas.

Jika bendera ini dikibarkan semasa sesi latiha, penunggang yang menerima kibaran bendera ini perlulah memperlahankan jentera dan kekal berada di laluan sehingga penunggang yang lebih laju melepasinya.

Semasa perlumbaan juga menunjukkan perkara yang sama. Bendera ini juga menunjukkan terdapat penunggang yang akan meninggalkan kawasan pit dan memasuki litar perlumbaan.

Yellow Flag (Bendera Kuning)

Foto – kiki sport

Bendera kuning digunakan untuk beberapa situasi dalam perlumbaan MotoGP™. Jika ia dikibarkan di setiap baris sebelum permulaan perlumbaan, ia menandakan bahawa terdapat kelewatan waktu permulaan perlumbaan.

Tetapi jika ia hanya dikibarkan di satu barisan petak permulaan sahaja, ia menunjukkan bahawa terdapat penunggang di barisan tersebut yang mempunyai masalah.

Bendera kuning yang dikibarkan di kawasan-kawasan tertentu oleh marshall bertugas pula menandakan terdapat situasi yang merbahaya di tepi  litar selepas kawasan bendera kuning dikibarkan.

Jika dua bendera kuning dikibarkan, ia menunjukkan terdapat halangan di dalam kawasan litar. Semua penunggang perlu memperlahankan jentera dan bersedia untuk berhenti jika perlu.

Memotong adalah tidak dibenarkan sama sekali sehingga bendera hijau dikibarkan.

Jika terdapat penunggang yang melanggar arahan bendera kuning semasa sesi latihan atau ujian masa, akan mengakibatkan catatan masa mereka dibatalkan.

Jika pelanggaran bendera kuning dilakukan semasa perlumbaan, penunggang perlu kembali ke kedudukan yang akan ditentukan oleh menara kawalan perlumbaan.

Bendera kuning juga perlu dikibarkan semasa pusingan pemeriksaan terakhir untuk menunjukkan dimana marhall akan ditempatkan semasa latiha, ujian masa, dan semasa perlumbaan.

Green Flag (Bendera hijau)

Foto- Grand Prix Road Trip

Litar selama atau sedia untuk perlumbaan. Bendera ini perlu dikibarkan oleh setiap marshal di setiap sektor di pusingan pertama sesi latihan bebas, pusingan ‘warm-up’ serta ‘sighting lap’.

Bendera ini perlu dikibarkan oleh pegawai di garisan mula menandakan bermulanya pusingan untuk ‘warm-up’. Bendera hijau juga perlu dikibarkan di laluan keluar dari pit ke litar.

Selain itu bendera hijau juga perlu dikibarkan sebaik sahaja bendera kuning diturunkan untuk menandakan bahawa perlumbaan boleh diteruskan tanpa sebarang halangan.

 

Red Lights (Lampu merah)

Foto: rossifiles.com

Permulaan perlumbaan. Lampu merah ini akan dinyalakan di garisan permulaan antara dua hingga lima saat sebelum memulakan perlumbaan. Perlumbaan akan bermula sebaik sahaja lampu merah ini dipadamkan. Jika anda mengikuti perlumbaan MotoGP, pastinya sering kedengaran ungkapan “The lights go out” oleh pengulas  di setiap permulaan perlumbaan.

Selain itu, lampu merah ini juga dinyalakan digarisan penamat menandakan tamatnya sesi latihan bebas dan pemanas badan oleh pelumba.

 

Red Flag and Red Lights (Bendera Merah dan Lampu Merah

Apabila sesuatu perlumbaan atau sesi latihan terganggu, bendera merah akan dikibarkan disetiap sektor oleh marshall yang bertugas. Manakala lampu merah juga akan dinyalakan di sekeliling litar. Apabila isyarat ini berlaku, semua penungga perlu kembali ke pit masing-masing.

 

Selain itu isyarat ini juga digunakan di kawasan laluan keluar dari laluan pit ke litar utama perlumbaan. Apabila bendera ini berkibar didalam laluan pit, menunjukkan bahawa laluan pit sedang ditutup dan pelumba tidak dibenarkan meninggalkan kawasan laluan pit.

 

 

Green Light (Lampu Hijau)

blank
Foro- Shutterstock

 

Lampu hijau ini dinyalakan di laluan keluar dari pit untuk memaklumkan kepada pelumba bermulanya sesi latihan, ‘sighting laps’ serta ‘warm up lap’.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.