Mo Salah dikatakan mungkin sebagai punca kecederaan yang beliau sendiri alami pada tahun 2018 lalu.
Namun kebanyakkan peminat meletakkan kesalahan tersebut kepada Sergio Ramos dan menganggap ketua pasukan Real Madrid itu sengaja mencederakan Salah.
Akan tetapi dengan melihat kepada sisi lain dari rakaman kejadian tersebut, ianya terlihat seperti Mo Salah yang telah merangkul tangan Sergio Ramos.
People saying Ramos injured Salah on purpose…. this was all Salahs fault, Ramos clearly gets the ball and Salah grabs onto his arm and loses balance, as Salah is falling his knee hits Ramos calf making him fall with him….pic.twitter.com/T3IgZlgNtE
— B³⁴ (@Blanco_B7) August 20, 2020
Pada babak pertama perlawanan akhir liga Juara-juara dua tahun lalu, bintang Egypt itu terpaksa dikeluarkan dari permainan kerana mengalami kecederaan bahu.
Beliau menangis teresak-esak kerana tidak dapat meneruskan perlawanan dan ramai yang mengecam Ramos ketika itu dengan mengatakan beliau bermain taktik kotor untuk menewaskan pasukan lawan.
Ramos menerima banyak kecaman dan ada yang hingga mengugut beliau atas tindakan yang dilakukan keatas the Egyptian king itu.
Peminat Liverpool juga membuat petition untuk menggesa badan induk bola sepak Eropah mengenakan hukuman berat kepada Sergio Ramos kerana tindakan tidak matangnya keatas pemain no 11 mereka.
Tetapi, dari sudut rakaman gerak perlahan kejadian tersebut, ia terlihat seperti Mo Salah yang sebenarnya merangkul lengan bintang Sepanyol itu lalu menyebabkan Ramos terjatuh bersamanya.
– Salah grabs his hand
– Ramos plays the ball
– Salah's knee hits Ramos's leg
– He trips carrying Salah down with him
– Ramos is now the dirtiest player in football?
How does that work? https://t.co/0Rv5aGnTNN— MØ | Jayy (@zizoujuju) August 21, 2020
Kejadian ketika itu terlihat seperti Ramos sengaja mengasari pemain utama Liverpool dalam kemenangan 3-1 mereka menjuarai liga Juara-juara musim itu.
Namun dari sudut pandangan ini, ianya menunjukkan perspektif yang sangat berbeza.
Bekas rakan sepasukan Salah di Liverpool, Dejan Lovren sangat marah dengan kejadian tersebut kerana beliau merupakan rakan baik kepada bintang Mesir itu.
Lovren mengakui bahawa beliau dengan sengaja telah mencederakan Ramos ketika dalam perlawanan antara Croatia menentang Sepanyol pada November 2018.
Beliau memang berniat untuk membalas dendam keatas Ramos dan dengan sengaja telah menyiku pemain pertahanan Sepanyol itu dalam perlawanan tersebut.
Dejan Lovren says he deliberately hurt Sergio Ramos as payback for what he did to Mohamed Salah 😳 pic.twitter.com/7wYIRZzGYs
— Goal (@goal) August 20, 2020
“Saya sengaja mengasari Ramos selepas dia menyakiti Salah? Ya, ianya sangat masuk akal.”
Jelas bintang baru Zenit itu memulakan bicara dalam temu bual bersama Egypt Today.
“Saya tidak mahu memanjangkan cerita, tetapi saya fikir apa Ramos lakukan kepada sahabat saya adalah perbuatan sengaja, jadi ia masa paling sesuai untuk saya membalas apa yang telah beliau lakukan terhadap sahabat saya.”
“Luka Modric cuba untuk menenangkan keadaan antara saya dan Ramos, kami bersama-sama bermain untuk Croatia untuk bertemu Sepanyol ketika itu, dan saya memang sengaja mengasari dia menggunakan siku saya dan selepas melakukannya saya beritahu dia bahawa kita sudah selesai sekarang.”
Dejan Lovren admits he elbowed Sergio Ramos six months after the 2018 UCL final as “payback” for injuring Mohamed Salah. pic.twitter.com/UH5BVa9RDs
— ESPN FC (@ESPNFC) August 21, 2020
“Saya menghormati Ramos sebagai seorang pemain dan sumbangan beliau terhadap pasukannya. Dia sudah banyak memenangi kejuaraan, tapi dari satu sisi lain, dia ada sikap yang saya sangat tidak suka, dia suka mengasari pemain dengan sengaja.”
Ketika ditanya bagaimana reaksi Salah selepas beliau menyiku Ramos, Lovren menjawab:
“Saya tidak akan memberitahu anda apa yang Salah katakan kepada saya, tetapi apa yang pasti, beliau ketawa.”