Bellamy Percaya Man Utd Tidak Setaraf Liverpool

Craig Bellamy percaya Manchester United tidak setaraf Liverpool, malah tidak hampir pun untuk dibandingkan dengan bekas pasukannya itu.

The Red Devils tidak pernah menjuarai Premier League sejak persaraan Sir Alex Ferguson pada 2013.

City telah menjuarai tiga kejuaraan selepas itu, manakala Liverpool pula bakal menamatkan kemarau 30 tahun selepas menjuarai kejuaraan eropah keenam pada musim lalu.

Menurut Bellamy, United memerlukan beberapa tahun lagi untuk tampil sebagai pencabar Manchester City atau Liverpool.

“Serangan wabak sebenarnya amat bagus untuk Manchester United. Ini kerana ramai orang akan bercakap mengenai Manchester United, tetapi mereka masih jauh jika dibandingkan dengan dua kelab ini.

“Sangat jauh. Dan ia memerlukan tiga atau empat tahun untuk menghampiri apa yang Liverpool dan City capai pada hari ini.

“Kesimbangan [City dan Liverpool] dalam pasukan, cara mereka bermain, intensiti permainan, cara lakukan pressing, dan pemahaman kepada apa yang mereka lakukan..semua itu jauh dan berbeza berbanding apa yang ada di United.

“Dua pasukan ini mempunyai jurang kualiti yang jauh berbanding yang lain.”

Sebelum saingan liga ditangguhkan, United menduduki tangga kelima dan dipisahkan dengan tiga mata berbanding Chelsea.

Bellamy tidak pernah menjuarai Premier League ketika bersama Liverpool dan City. Tetapi pernah muncul juara Piala Scotland dengan Celtic, dan Piala Liga dengan Liverpool ketika masih bergelar pemain.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.