Bekas penyerang Sweden, Barcelona dan Manchester United, Henrik Larsson dikhabarkan akan dilantik sebagai pembantu kepada Ronald Koeman di Barcelona dalam masa terdekat.
Larsson bukanlah watak yang asing bagi kelab Catalan itu. Seperti Koeman, Larsson juga pernah beraksi bersama Barcelona pada tahun 2004 sehingga 2006.
Sepanjang tempoh itu Larsson membantu Barcelona meraih dua gelaran LaLiga, dan satu gelaran Champions League dan menjadi idola penyokong setia Barca di Nou Camp.
Turut bakal menyertai Larsson dan Koeman di dalam pasukan kejurulatihan baharu ialah bekas pengurus Hoffenheim, Alfred Schreuder.
Henrik Larsson is a serious candidate to become one of Ronald Koeman's assistants at Barcelona. Alfred Schreuder will become Koeman's first assistant. [ad] pic.twitter.com/6vzhsXCzId
— barcacentre (@barcacentre) August 18, 2020
Larsson ditugaskan untuk melatih penyerang Barcelona dan bekas penyerang Manchester United itu turut pernah melatih di Sweden bersama kelab Falkenberg dan Helsinborg.
Larsson bergelar profesional seawal usia 17 tahun dan ketika itu beliau masih lagi merupakan seorang pelajar sekolah.
Selepas tamat persekolahan, beliau terus bermain untuk Hogaborg sambil berkerja sebagai pembantu jualan buah-buahan untuk menyara hidup.
Larsson kemudiannya dirisik oleh kelab Helsingborg untuk bermain bola sepak profesional secara sepenuh masa.
Larsson tiba di Barcelona selepas kontrak beliau bersama Celtic tamat. Pada musim pertamanya beliau berjaya membantu Barcelona untuk menjuarai La Liga walaupun beliau dihimpit kecederaan serius.
🗣 [@HelenaCondis🥇] | Ronald Koeman will have full power and will work hand in hand with Ramon planes. The Dutchman paid in his own pocket to terminate his contract with Dutch FA. He will arrive with Henrik Larsson and Alfred Schreuder as an assistant. pic.twitter.com/tZfMWjGj9U
— BarçaTimes (@BarcaTimes) August 19, 2020
Kemuncak karier Larsson adalah ketika perlawanan akhir UEFA Champions League 2006 menentang Arsenal. Beliau yang masuk sebagai pemain gantian berjaya memberikan 2 bantuan gol untuk membolehkan Barcelona menang 2-1.
Selepas 3 tahun di Barcelona, Larsson pulang semula ke Sweden untuk bersama dengan kelab lamanya iaitu Helsingborg selepas Piala Dunia 2006. Larsson berjaya membantu Helsingborg memenangi Piala Sweden.
#𝐆𝐨𝐚𝐥𝐎𝐟𝐓𝐡𝐞𝐃𝐚𝐲 𝐀-𝐙 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐋
A fine finish from Henrik Larsson during his impactful spell at #MUFC 👊 pic.twitter.com/A3R6lpK4B7
— Manchester United (@ManUtd) June 10, 2020
Setelah berjaya membantu Helsingborg memperoleh tempat ke-4 dalam liga. Manchester United datang untuk meminjam beliau selama 3 bulan bermula dari bulan Januari hingga Mac 2007.
Impak yang diberi Larsson cukup mengagumkan Sir Alex Ferguson sehinggakan beliau mahu memanjangkan tempoh pinjaman penyerang tersebut.
Namun begitu, Larsson menolak tawaran tersebut kerana beliau sudah berjanji akan pulang ke Sweden sebaik tempoh pinjaman beliau tamat pada bulan Mac.