Bekas Pengurus Dedah Liverpool Pernah Gagal Pancing Odegaard

Liverpool pernah gagal mendapatkan khidmat Martin Odegaard ketika pemain itu berusia 16 tahun, sebelum menyertai Real Madrid.

Pemain Norway itu akhirnya kini kembali menampakkan kemampuannya bersama Real Sociedad, lima tahun selepas keputusan beliau memilih untuk ke Bernabeu.

Dan kini bekas pengurus Vittese Arnhem, Leonid Sltsky berpendapat karier Odegaard mungkin berbeza sekiranya beliau memilih untuk ke Anfield ketika Bredan Rodgers masih bergelar pengurus.

“Tempoh beliau versama Vitesse amat penting,” ujar bekas jurulatih Hull City itu kepada akhbar Netavissen.

“Beliau menjadi salah seorang pemain terbaik di Eredivisie dan menerima banyak tawaran. Bukan sahaja dari Real Sociedad. Tetapi juga dari Liverpool dan Ajax.

“Ia satu penghormatan untuk pernah melatih Martin dan mengambil peranan dalam perkembangannya.”

Slutsky bagaimanapun kini yakin Odegaard kini sudah bersedia untuk menghadirkan impak di Bernabeu.

“Ia adalah cabaran besar untuk menghidupkan kembali karier beliau,” tambah Slutsky.

Odegaard menjaringkan 11 gol dari 38 penampilan di Belanda selepas dua musim yang sukar di Heerenveen. Pemain itu turut pernah berlatih bersama Liverpool sebelum memilih untuk menyertai Real Madrid sebelum ini.

Musim ini Odegaard tampil lebih meyakinkan bersama Real Sociedad yang kini turut mengejar tempat ke pertandingan Champions League pada musim hadapan.

Real Sociedad kini berada di kedudukan ke-4 La Liga sebelum saingan bola sepak di Sepanyol ditangguhkan akibat penularan wabak coronavirus.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.