Bekas pemain Schalke 04, Hiannick Kamba ditemui masih setelah disahkan meninggal dunia akibat satu kemalangan jalan raya pada 2016 di Congo.
Kamba dilaporkan meninggal pada 9 Januari 2016, namun media Jerman Bild melaporkan bekas pemain bek kanan itu kini sedang bekerja di Jerman sebagai seorang Juruteknik Kimia di Ruhr, Jerman.
Pendedahan oleh Daily Star pila berkata sebuah fail siasatan telah dibuka untuk mengaitkannya dengan kes penipuan. Ini kerana bekas isteri Kamba yang tidak dinamakan sebelum ini membuat laporan polis berhubung kematian suaminya itu.
Menurut Pegawai Penyiasat Awam, Anette Milk yang mengendalikan kes tersebut, bekas isteri Kamba kini disyaki memalsukan kematian suaminya untuk mendapatkan imbuhan insuran yang bernilai jutaan Euro.
Former Schalke player Hiannick Kamba who was reported dead in a car crash back in 2016 has been found alive and well in Germany.
What. 😳 pic.twitter.com/njzlbPJKqS
— 360Sources (@360Sources) May 5, 2020
“Tuduhannya kini adalah penipuan. Tetapi dia [isteri Kamba] membantah. Siasatan masih lagi dilakukan,” ujar Milk kepada Bild.
Isteri Kamba sebelum ini dikatakan memperolehi sijil kematian suaminya untuk urusan perkebumian dan pengeluaran wang insuran.
Tidak dapat dipastikan sama ada dokumen terbabit adalah palsu, atau diperolehi secara haram seperti melibatkan sogokan.
Kamba turut dikatakan akan tampil sebagai saksi di dalam kes penipuan ini.
Beliau hanya berjaya memaklumkan mengenai status dirinya pada Mac 2018 di Kedutaan Besar Jerman di Congo.
Menurut pemain itu, beliau terpisah dari rakan-rakannya ketika dalam perjalanan ke pedalaman Congo pada Januari 2016.
Have Netflix bought up the rights to this story yet?
Hiannick Kamba is alive! https://t.co/uQGX1r60pe pic.twitter.com/2i4oyf50GY
— FotMob (@FotMob) May 4, 2020
Beliau bagaimanapun berjaya kembali ke Jerman dan tinggal di rumah lamanya di Gelsenkirchen, sebelum memulakan pekerjaan baharu sebagai Juruteknik Kimia.
Bekas isterinya pula mendakwa dirinya hanya mengetahui mengenai insuran selepas pemain itu dilaporkan meninggal dunia.
Yang membuatkan kes ini menjadi pelik ialah isterinya mendakwa Kamba meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, dan bukan kerana kehilangan di kawasan pedalaman Congo.
Kamba adalah bekas rakan sepasukan penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer ketika kedua-duanya bersama skuad remaja Schalke.
Kelab terakhir yang disertainya ialah VfB Huls.
Sumber: CNN