Bekas Pemain Man Utd Troll Sanchez – “Mungkin Dia Terserempak Hantu, Lalu Jadi Takut”

Selepas Alexis Sanchez mendedahkan bahawa beliau mahu meninggalkan Manchester United hanya selepas sesi latihan pertamanya bersama pasukan itu, bekas pemain, Rafael da Silva kemudiannya tampil dengan komen yang agak sarkastik.

Sanchez yang kini sudah berusia 31 tahun telah menceritakan melalui satu video di Instagram mengenai mimpi buruk yang beliau alami sebaik sertai setan merah dari Arsenal.

“Saya mahu memberitahu anda tentang waktu saya di United, tentang banyak perkara yang telah diperkatakan dan menjadikan saya nampak teruk.”

“Saya mendapat peluang untuk menyertai Manchester United dan ia sesuatu yang menggembirakan saya. Ia satu hal yang sungguh bagus untuk saya, ini kerana ketika saya masih kanak-kanak, saya sangat meminati setan merah.”

“Saya akhirnya menandatangani perjanjian tersebut tanpa mengatahui informasi lain yang mungkin akan berlaku selepas perpindahan selesai.”

https://www.facebook.com/axello.mane.9/posts/779587709458742

“Hari pertama saya bersama rakan sepasukan yang lain, saya merasakan sesuatu hal yang kadang kala anda hanya akan dapat rasakannya bila anda tiba disana.”

“Pertama kali saya menjalani latihan saya sedar akan banyak hal. Pulang ke rumah saya terus memberitahu ejen saya bolehkah saya menamatkan kontrak saya dan saya mahu kembali ke Arsenal?”

“Mereka mula ketawa dan saya cuba jelaskan kepada mereka bahawa ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada saya ketika itu. Tetapi perjanjian sudah ditandatangani.”

Sebagai respon kepada kenyataan Sanchez itu, Rafael kemudiannya menulis di Instagram: “Mungkin dia [Sanchez] terserempak dengan hantu, lalu menjadi takut. Itu [lebih logik] menjelaskan mengapa beliau beraksi dengan buruk setiap kali beraksi.”

Pemain kebangsaan Chile itu menyertai Manchester United melalui pertukaran pemain melibatkan Henrikh Mhkitaryan pada Januari 2018 ketika skuad Setan Merah berada di bawah kendalian pengurus Portugal, Jose Mourinho.

Selepas tempoh setahun setengah yang tidak menjadi di Old Trafford, Man United mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak pemain itu, untuk membenarkan beliau menyertai Inter Milan secara percuma untuk saingan musim hadapan.

Musim lalu, Sanchez menyertai skuad Antonio Conte secara pinjaman, dan berjaya menampilkan beberapa persembahan terpuji – walaupun aksi beliau di San Siro turut dipalit kecederaan.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.