Bekas Pemain Bantai Liverpool Kerana Biarkan Kakitangan ‘WALK ALONE’

Antara perkara yang menarik mengenai Liverpool sebagai sebuah kelab bola sepak ialah mottonya, ‘You’ Never Walk Alone’.

Kata laungan keramat itu adalah adaptasi dari lagu oleh Gerry The Peacemaker pada 1963.

 

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don’t be afraid of the dark
At the end of a storm
There’s a golden sky
And the sweet silver song of a lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain
Though your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone

 

Begitulah bingkisan dari lirik lagu yang seringkali dinyanyikan di Anfield, stadium yang dianggap keramat di dalam dunia bola sepak, khususnya penyokong setia The Kops.

Namun tindakan pengurusan Liverpool baru-baru ini membuktikan perkara sebaliknya. Ia ibarat tindakan lepas tangan, tidak bertanggungjawab, dan tidak menggambarkan Liverpool sebagai sebuah keluarga besar seperti yang sering dilaungkan sebelum ini.

Ia berikutan Liverpool telah mengumumkan memberikan cuti kepada sebahagian kakitangan kelab selepas saingan Liga Perdana Inggeris terus digantung akibat wabak coronavirus.

Lebih 200 kakitangan kelab tersebut dilaporkan terlibat, dimana peranan mereka bersama kelab telah terjekas sejak liga ditangguhkan pada pertengahan Mac lalu.

Langkah tersebut bagaimanapun dikritik oleh Stan Collymore, Jamie Carragher dan Dietmar Hamann. Ketiga-tiga pemain tersebut pernah menyarung jersi Liverpool satu masa dahulu.

“Saya tidak pasti jika ada di kalangan penyokong Liverpool yang tidak rasa terkilan melihat kelab meletakkan pemain ke dalam skim cuti. Itu tindakan yang jelas tidak betul,” kata Collymore.

Carragher pula berkata: “Jurgen Klopp telah menzahirkan rasa simpati beliau wabak baru bermula. pemain senior turut terlibat secara langsung dengan rancangan pemotongan gaji di Premier League. Kemudian semua rasa hormat dan niat baik itu kini hilang. Sedih dengan Liverpool FC.”

Bekas pemain antarabangsa Jerman, Hamann turut tidak berdiam diri menyatakan pendiriannya di Twitter.

“Tidak senang dan terkejut dengan perkhabaran Liverpool FC mengambil kesempatan dari skim cuti yang disediakan kerajaan membayar gaji sebahagian dari kakitangan. Skim itu diwujudkan bukan untuk niat sedemikian rupa. Ia bertentangan dengan moral dan nilai kelab yang saya tahu.

Liverpool memutuskan untuk berbuat demikian setelah perjumpaan yang oleh wakil pemain dan pengurus kelab pada Sabtu untuk membincangan pemotongan gaji semua kakitangan pasukan utama.

20 kelab bertanding di Premier League bersetuju untuk berbincang dengan pemain agar menerima pemotongan gaji sebanyak 30% gaji tahunan tanpa sebarang syarat.

Liverpool kini menjadi kelab kelima di Premier League meletakkan kakitangan bukan pemain ke dalam skim cuti, mengikut jejak langkah Tottenham, Norwich Newcastle dan Bournemouth.

Di United Kingdom, pihak kerajaan telah mewujudkan ‘Skim Cuti Coronavirus’ dimana kerajaan akan membayar 80% daripada gaji pekerja selama dua bulan.

Jumlah maksima bayaran ialah £2,500  sebulan untuk membantu pekerja dan syarikat yang memerlukan bantuan kewangan sepanjang krisis ini.

Liverpool turut memberikan komitmen untuk membayar baki 20% gaji kakitangan mereka yang diletakkan di bawah skim tersebut agar pendapatan mereka tidak terjejas.

Bagaimanapun kelab itu dikritik kerana dianggap mementingkan diri dan mengambil kesempatan terhadap skim yang mungkin diperlukan oleh rakyat yang lain.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.