Bekas Pemain Arsenal Saran Messi & Ronaldo Bermain Di Belarus

Bekas pemain tengah Arsenal, Alexander Hleb menyarankankan kapten Barcelona, Lionel Messi, dan bintang Juventus untuk kembali beraksi dan menyambung karier masing-masing di Lig Belarus disebabkan penularan wabak global di eropah.

Menurut Hleb, idea itu munasabah mengambil kira contoh pemain hoki ais yang ke Rusia selepas NHL dihentikan.

Liga Belarus adalah satu-satunya saingan yang tidak dihentikan di Eropah selepas penularan wabak global yang membunuh ratusan ribu orang di seluruh dunia.

Semua liga utama di eropah seperti Serie A, Premier League, La Liga dan Bundesliga telah ditangguhkan. Ligue 1 pula ditamatkan serta merta akibat wabak tersebut.

“Seluruh dunia kini menyaksikan perlawanan Liga Belarus,” kata Hleb.

“Semua orang memang patut menyaksikan kami di televisyen masing-masing.

“Apabila NHL menghentikan saingan mereka, ramai pemain hoki ais memilih untuk ke Rusia untuk kembali beraksi.

“Mungkin Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo patut dayang ke Liga Belarus untuk kembali beraksi.

“Ia adalah satu-satunya tempat di Eropah boleh bermain bola sepak. Sekurang-kurangnya rakyat Belarus akan gembira.

“Di Belarus, ia seperti tidak ada siapa peduli. Ia menakjubkan. Mungkin seminggu atau dua minggu lagi, kita akan berhenti bermain.

“Mungkin juga Presiden sedang menanti apa yang akan berlaku dengan wabak itu.

“Kami di Belarus tahu apa yang berlaku di Italu dan Sepanyol. Ia kelihatan teruk.

“Tetapi di negara ini, semua pihak percaya keadaan tidak ekstrem seperti yang dikatakan di luar sana.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.