Bekas Midfield Man Utd Menjaringkan Gol Dari Tengah Padang Yang Mengagumkan

Bekas pemain midfield Manchester United, Angel Gomes berjaya untuk menjaringkan gol dari kawasan tengah padang dengan cukup mengagumkan untuk Boavista.

Gomes membuka tirai jaringan untuk Boavista ketika bertemu dengan Moreirense semalam.

Beliau berjaya untuk menjaringkan gol dengan gaya yang sungguh luar biasa dan jaringannya itu juga benar-benar memukau.

Angel Gomes terlebih dahulu memintas bola dari kaki pemain lawan sebelum melepaskan rembatan padu dari tengah padang menerjah gawang gol Moreirense.

Jaringan yang cukup menarik untuk disaksikan, dan gol jaringan beliau itu tular di media sosial dan mendapat pujian dari para peminat.

“Ole telah mempersia-siakan dua bakat muda yang hebat, selepas Gomes, mungkin Dalot pula.”

“Gomes sudah memulakan kehidupan yang sangat sempurna di Portugal.”

“Jaringan yang sungguh menakjubkan, Gomes menjaringkan gol dari tengah padang.”

“Jaringan yang boleh dikatakan tercantik setakat ini.”

Begitu lah antara komen-komen dari para peminat melihat jaringan spectacular dari Gomes.

Gomes menandatangani perjanjian selama lima tahun bersama Lille di awal musim panas lalu, beliau kemudiannya dipinjamkan ke Boavista pada musim 2020/21 ini.

Sementara majikan lama Gomes, Manchester United sendiri kini dikritik teruk kerana kegagalan mereka dalam menghadapi jendela perpindahan musim panas ini.

Dari beberapa pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford, setan merah setakat ini hanya berjaya untuk menandatangani Van De Beek seorang sahaja.

Usaha mereka untuk mendapatkan Sancho masih giat dilakukan sejak dari awal jendela perpindahan dibuka, namun masih gagal untuk menamatkan perjanjian tersebut.

Borussia Dortmund dilaporkan telah menolak bidaan yang dihantar oleh United kerana merasakan nilai yang ditawarkan oleh setan merah itu terlalu rendah.

Selepas merasakan tiada harapan untuk mendapatkan Sancho, United beralih arah untuk cuba meminjam Ousmane Dembele dari Barcelona.

Namun, Barcelona sendiri tidak mahu melepaskan Dembele sebagai pemain pinjaman sebaliknya mahu menjual pemain tersebut.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.