Bekas Jurulatih Dedah Liverpool Ingat Sudah Berjaya Beli Cristiano Ronaldo Pada Harga £4 Juta

Bekas pengurus Liverpool Gerard Houllier dan Phil Thompson hampir tercekik di meja makan selepas Cristiano Ronaldi diumumkan sebagai pemain Manchester United 17 tahun lalu.

Ronaldo menyertai Manchester United pada 2003 denga nilai  £12 juta dari Sporting Lisbon dan selepas itu menjadi antara pemain terbaik dunia.

Namun sebenarnya pada masa yang sama pada ketika itu, seteru utama United, Liverpool turut berminat untuk mendapatkan khidmat Ronaldo.

Malah kelab Merseyside dikatakan telah mencapai persetujuan untuk membayar £4 juta untuk Ronaldo ke Anfield.

Thompson yang merupakan pembantu kepada Houlier mededahkan kepada The Athletic:

“Saya masih ingat dengan jelas apa yang Tony Henry (ejen bola sepak) katakan,” kata Thompson.

“Ia amat mudah dan rileks. Harganya hanya £4 Juta, dan boleh dibayar secara ansuran £1 juta setahun. Ia amat munasabah.

“Kemudian saya bertanya mengenai gaji dan Tony juga berkata ia adalah £1 juta setahun.”

Sir Alex Ferguson kemudiannya menyedari bakat oleh dimiliki oleh bintang Portugal itu selepas aksi menakjubkan untuk Sporting Lisbon dalam perlawanan persahabatan menentang Manchester United.

United pantas mengikat pemain tersebut dan menurut Thompson seluruh hierarki di Liverpool bergegar.

“Pada hari Selasa, ketika kami sedang menikmati makan tengah hari di kompleks latihan, muncul berita di Sky Sports melaporkan, ‘Manchester United telah menandatangani Cristiano Ronaldo pada nilai £12.2 juta.’

“Gerard [Houllier] dan saya sendiri hampir tercekik dengan makanan sendiri. Saya masih ingat Gerard melompat dan berkata, ‘Apa sebenarnya yang telah berlaku di sini?'”

Liverpool bukan satu-satunya kelab yang dikatakan hampir mendapatkan Ronaldo.

Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger turut mendakwa sudah mencapai persetujuan dengan yuran perpindahan £8 juta dibayar kepada Sporing Lisbon.

Malah Ronaldo dan ibunya Dolores turut telah diterbangkan ke Arsenal dan diperkenalkan kepada Thierry Henry.

Arsene Wenger turut bertemu sendiri dengan Ronaldo di pejabatnya, dan menyerahkan jersi No.28 yang dipinta pemain itu.

Namun demikian, Ronaldo tetap memilih ke Manchester United di mana beliau memenangi tiga kejuaraan Premier League, satu Piala FA dan satu kejuaraan Champions League sebelum berhijrah ke Real Madrid pada 2009.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.