Bekas juara Moto3, Danny Kent mengaku bersalah dalam pertuduhan membawa pisau dalam pergelutan di tempat letak kereta. Pelumba berusia 25 tahun itu dihukum penjara.
BBC melaporkan, Kent bersama abangnya dan seorang lagi lelaki berusia 63 tahun terlibat dalam pergelutan itu di Tetbury pada 7 Mac. Ianya dipercayai kes hutang. Kent mahu menuntut hutang beliau.
Kent dalam pengakuannya kepada Mahkamah Majistret Chetelnham berkata: “Saya ingin memohon maaf kepada pihak mahkamah.”
Kent mengesahkan bahawa pisau yang beliau bawa adalah pisau dapur yang bersaiz 6 inci. Beliau kemudian menyatakan membawa pisau itu kerana geram duitnya belum dipulangkan.
Kent diarahkan menjalani hukuman penjara 12 bulan. British Superbikes (BSB) dengan cepat memberikan respon kepada isu itu dengan menamatkan kontrak Kent serta merta.
Pasukan beliau, Bike Devil turut menamatkan kontrak Danny. Dalam kenyataan mereka, Bike Devil menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi ke atas kesalahan jenayah seperti yang dilakukan oleh Danny.
Kent dianggap sebagai antara pelumba berbakat dengan kejuaraan Moto3 pada 2015. Menjadikan beliau juara British pertama untuk kategori itu sejak Barry Sheen pada 1977.
Beliau kemudian dinaikkan pangkat ke Moto2. Namun selepas itu karier beliau agak merosot dan akhirnya terpalit dengan kontroversi jenayah ini.