BDS Lancar Boikot PUMA Kerana Taja Israel Yang Menindas Palestine

Firma pengeluar barangan sukan, PUMA Sportswear sedang berhadapan dengan boikot antarabangsa yang dilancarkan oleh BDS (Boycott, Divest, Sanction).

Ianya tamparan hebat kepada salah sebuah pengeluar jenama sukan berpengaruh di dunia itu. PUMA merupakan sebuah jenama global yang mengaut keuntungan berbillion euro setiap tahun.

Pada 2018, PUMA berjaya mengaut keuntungan sekitar €4.64 billion.

BDS melakukan protes besar-besaran dengan melancarkan boikot secara global itu kerana tidak berpuas hati dengan penajaan PUMA terhadap Israel.

Menurut BDS dengan penajaan ke atas Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) oleh PUMA, ia adalah tindakan yang menyokong keganasan Israel.

Sabtu lalu merupakan hari boikot secara global oleh BDS ke atas PUMA. Ia merupakan percubaan kedua BDS dalam usaha boikot ke atas PUMA kerana ada hubungan perniagaan dengan Israel serta adanya kaitan dengan tajaan pasukan di Judea dan Samaria.

Berikut adalah beberapa tweet yang banyak terdapat di Twitter, mendesak sokongan untuk memboikot.

 

Kempen tersebut telah tular dengan cepat di media sosial. Dan mungkin anda juga sedar akan perkara ini. Hal ini kerana penggunaan media sosial yang meluas pada hari ini.

Beberapa penyokong Celtic juga menyokong kempen memboikot PUMA. Celtic memang antara kelab ‘orang putih’ yang sangat menyokong Palestine dan anti-Israel.

Beberapa musim lalu, pengurusan Celtic pernah dikenakan denda oleh UEFA, kerana mengibarkan bendera Palestine sebagai solidariti kepada negara tersebut yang dicabuli oleh Israel.

BDS berpendapat bahawa PUMA secara tak langsung telah menyokong sebuah pertubuhan yang didalangi oleh kerajaan yang melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Umum sedia maklum, bahawa Israel telah membentuk ‘negara’ mereka dengan kaedah merampas dan melakukan keganasan serta merampas tanah Palestin sehingga menyebabkan beribu-ribu kematian dalam penduduk Palestin sejak berpuluh tahun lalu.

Gerakan boikot oleh BDS ini berlangsung hampir di 20 buah negara termasuk Amerika Syarikat dan Britain.

Mereka mensasarkan perhimpunan protes di hadapan pejabat dan premis yang berkaitan dengan pemasaran jenama PUMA.

Di London kempen boikot PUMA ini turut dilakukan dengan memasang poster di dalam tren. Namun selepas itu ianya ditanggalkan.

Kelab-kelab sukan di Palestine antara yang lantang menyatakan kekecewaan mereka ke atas PUMA.

Hal ini dalam masa beberapa dekad ini, Israel kerapkali tidak bersikap ‘fair play’ ke atas atlet mahupun mana-mana pasukan, daripada pelbagai sukan dari Palestine.

BDS menyeru agar semua yang menyokong keamanan dan hak kemanusiaan untuk tidak membeli sebarang produk PUMA.

Kekejaman Israel juga menyebabkan kanak-kanak dan orang awam yang tak berdosa menjadi mangsa sehingga ada yang meninggal dunia kerana keganasan tersebut.

Di Israel beberapa media mereka sudah menggerakkan kempen agar rakyat Israel dan  mereka yang pro Israel untuk terus menyokong PUMA. Ini dengan membeli barangan PUMA walaupun pada skala kecil.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.