BASE Jumping, Sukan Paling Ekstrim Di Dunia

Sukan ekstrim merujuk kepada sukan yang paling mencabar adrenalin. Banyak sekali sukan yang ekstrim di dunia ini. Namun ramai pemerhati sukan berpendapat,  BASE Jumping sebagai yang baling bahaya.

BASE adalah singkatan kepada Buildings, Antenna, Span (bridges) or Earth (cliffs). Jadi sukan ini akan dimainkan berdasarkan 4 kriteria di atas. Sama ada dari bangunan tinggi, antena, jambatan mahupun permukaan bumi yang tinggi.

Sukan ini sudah lama bertapak. Namun pengenalan kepada nama B.A.S.E jumping yang kini hanya disebut BASE jumping ini dipelopori oleh karyawan filem, Carl Boenish dan isterinya (gambar di bawah), Jean Boenish, Phil Smith dan Phil Mayfield.

 

Boenish memberikan promosi yang sangat baik kepada sukan ini dengan beberapa istilah universal dimasukkan oleh beliau di dalam filem beliau berjudul BASE pada 1978.

Beliau memaparkan aksi sukan ini yang melompat dari kawasan tinggi dengan adanya payung terjun yang akan dibuka pada saat-saat tertentu.

Beliau juga memperlihatkan aksi lompatan bebas dengan pelbagai rutin yang dicadangkan kepada penonton untuk menikmati beberapa detik di udara.

Guinness World Records pernah menyenaraikan lompatan oleh Carl Boneish dari Trollveggen pada 1984 sebagai lompatan BASE tertinggi. Itu adalah rekod pertama sukan ini dalam naskah Guinness World Records.

Namun kini Guinness sudah memiliki rekod baru yang dipegang Valery Rozov dilakukan pada 5 Oktober 2015. Rozov melompat daripada ketinggian 7,700 meter (25,262 kaki) dari Cho Oyu. Gunung ke–6 tertinggi di banjaran Himalaya yang terletak di sempadan China-Nepal.

Bagi penggemar sukan ini, mereka mahukan kepuasan untuk mencabar diri terjun daripada ketinggian yang luar biasa. BASE jumping hari ini mempunyai ramai pengikut dari seluruh dunia.

Banyak juga negara menganjurkan BASE jumping ini. Ia boleh digunakan untuk mempromosi perlancongan dengan rakaman daripada Go-Pro para pelompat.

Malah di negara kita sendiri, KLCC dan menara Kuala Lumpur pernah menganjurkan acara BASE jumping ini.

Apa Bezanya Dengan Skydiving?

Memang banyak perbezaanya. Ini kerana skydiving adalah aktiviti yang dilakukan dengan peserta terjun daripada kapal terbang, helikopter dan sebagainya.

Ianya dilakukan pada ketinggian yang jauh lebih tinggi. Manakala, BASE jumping pula dilakukan daripada atas bagunan ataupun permukaan bumi.

Dari segi risiko, BASE jumping memerlukan peserta lebih cekap dalam mengendalikan payung terjun mereka. Ini kerana altitude yang lebih rendah membuatkan mereka lebih dekat dengan medan graviti.

Tetapi, skydiving pula memerlukan peserta untuk bersedia dengan perubahan angin yang sukar diramal. Namun mereka memiliki masa yang banyak untuk mengendalikan payung terjun mereka.

Skydivers akan menggunakan angin untuk menstabilkan posisi badan mereka dan mencari masa yang sesuai untuk membuka payung terjun dengan sempurna.

Ramai peserta BASE jumping menceritakan yang mereka memiliki masa yang sangat sedikit untuk membetulkan kesilapan membuka payung terjun. Jadi, anda boleh bayangkan, yang BASE jumping adalah lebih bahaya.

Risiko Kecelakaan

Pada 2006, BASE jumping mencatatkan peratusan kecelakaan yang sangat tinggi iaitu 15% ataupun 1/6. Kajian itu diluaskan kepada 20,850 aktivit BASE jumping dari 1996-2005. Statistik yang dikeluarkan adalah 1 kecelakaan dalalam setiap 2,317 lompatan.

Sejak 1981 dipercayai sudah lebih 320 kematian berlaku melibatkan peserta BASE jumping.

Pada 2015, BASE jumper dari USA, Ian Flanders nahas ketika melakukan BASE jumping di Kemaliye, Turkey. Payung terjunnya tersangkut pada kakinya dan kejadian itu disiarkan secara langsung di tv tempatan Turki.

https://www.youtube.com/watch?v=xWWDKzaxOEc

Nasihat kami kepada anda yang mahu melibatkan diri dalam sukan ini, pastikan anda berlatih dan mempersiapkan diri secekapnya.

Setiap sukan itu ada risikonya tersendiri. Namun BASE jumping adalah sukan yang paling tinggi risiko. Bukan berniat menakut-nakutkan anda. Cuma memberikan sedikit nasihat!

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.