Seorang Youtuber terkenal Sepanyol, AuronPlay telah menjadi subjek kepada satu laporan polis yang beliau sifatkan sebagai pelik.
Laporan polis itu datang daripada Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu. AuronPlay merupakan gamers yang memiliki pengikut beramai 20 juta di YouTube telah berjenaka menyamakan Bartomeu dengan Nobita.
Nobita merupakan karakter dalam kartun Doraemon yang agak lembab. Lalu AuronPlay menyifatkan Nobita dan Bartomeu ada persamaan sebagai tidak kompetitif. Selain daripada memiliki wajah yang hampir sama.

Selain itu, Bartomeu juga seorang yang kerapkali dibuli dalam perpindahan pemain. Misalnya membeli Ousmane Dembele dengan harga beratus juta. Beliau juga gagal dalam usaha mempertahankan Neymar yang dibeli PSG
AuronPlay seakan-akan tidak percaya jenakanya itu tiba ke pengetahuan Presiden, salah sebuah kelab terbesar di dunia iaitu Barcelona.
Ini bukan kali pertama AuronPlay menerima notis amaran daripada pihak Bartomeu. Pada 2018, AuronPlay juga menerima amaran daripada Bartomeu selepas beliau mengutuk presiden dan juga Neymar.
Namun ketika itu Bartomeu tidak membuat laporan polis.
Berbeza kali ini, AuronPlay telah dilaporkan kepada pihak polis. Dan YouTuber itu berkongsi salinan laporan polis itu.
AuronPlay mengesahkan beliau dipanggil ke balai hanya kerana memanggil Bartomeu sebagai Nobita.
AuronPlay kemudian berkata:”Kamu lebih prihatin terhadap perkara remeh seperti ini, seperti ia adalah situasi di mana kelab sedang rugi €900 juta.”
Josep Maria Bartomeu merupakan presiden yang kurang digemari penyokong Barcelona.
Ini kerana beliau kerap membuat keputusan yang lemah terutama sekali dalam pembelian pemain.
Seterusnya beliau kerap membuat kesilapan dalam kenyataan media. Misalnya, dalam kes Griezmann, kenyataan beliau hampir membuatkan Barcelona terlepas Griezmann.
Selain itu, Bartomeu juga mendapat tentangan daripada penyokong Barcelona kerana sokongan beliau ke atas Ernesto Valverde yang dianggap mereka sebagai gagal.
Sudah 2 musim berturut-turut Barcelona di bawah Valverde terkena remontada di UCL, ketika berada dalam kelebihan agregat 3 gol.