Barcelona Terkaya Di Eropah, Manchester United Paling Kaya Di Tanah Inggeris

Deloitte’s Football Money League untuk 2020 telah pun keluar. Ianya adalah data keuntungan pasukan di Eropah pada musim 2018/19.

Menariknya kali ini Barcelona julung kalinya menjadi pasukan paling kaya di Eropah ketika ini.

Mereka memintas kedudukan Real Madrid dan Manchester United. Pada musim 2018/19, Barcelona berjaya menjana pendapatan sebanyak €840.8 juta.

Real Madrid pastinya memandang serius akan perkara ini. Mereka sebelum ini jauh meninggalkan pasukan lain dari segi pendapatan. Kehilangan Cristiano Ronaldo juga dikatakan antara sebab mereka hilang beberapa potensi mendapatkan penaja tambahan.

Mereka masih gagal menggantikan Ronaldo dengan bintang yang benar benar berkelas dunia. Eden Hazard musim ini tidak banyak beraksi kerana kecederaan.

Manchester United berada di tangga ke-3 secara keseluruhannya. Namun untuk kedudukan di kalangan pasukan England, mereka masih yang terkaya.

Jika Manchester United terus gagal ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan, mereka berpotensi hilang status sebagai pasukan terkaya di England pada musim hadapan.

Ini kerana dua musuh utama mereka iaitu Manchester City dan Liverpool meningkat mendadak di rangking keenam dan ketujuh dalam ranking global, serta yang kedua dan ketiga untuk ranking di England.

Jika Manchester United tak layak ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan, mereka akan hilang sekali lagi bayaran hak penyiaran yang besar daripada UCL.

Manchester City berjaya menjadi salah satu kuasa publisiti dalam bola sepak global. Aksi cemerlang mereka di atas padang telah banyak membantu mereka.

Liverpool pula meningkatkan semula kuasa publisiti mereka dengan kejayaan menjuarai UCL musim lalu dan 2 piala lagi musim ini.

Manchester United kini masih bergelut untuk berada di empat tempat teratas dalam carta EPL.

10 senarai teratas ternyata dikuasai oleh pasukan EPL untuk pasukan paling kaya pada musim lalu.

Juventus masih lagi pasukan terkaya di Itali dengan pendapatan €459.7 juta. Ini diikuti oleh Inter Milan dengan meraih pendapatan €364.6 juta.

AS Roma berada di ranking ke-16 secara keseluruhannya dengan menjana pendapatan sekitar €231.0 juta.

during the Serie A match between FC Internazionale and AS Roma at Stadio Giuseppe Meazza on December 6, 2019 in Milan, Italy.

Napoli buat julung kalinya berjaya berada di ranking 20 teratas di dalam senarai.

PSG seperti dijangka, merupakan pasukan Liga Perancis paling kaya pada ketika ini.

Berikut adalah senarai 20 teratas dalam carta Liga Keutungan Deloitte:

1. Barcelona – €840.8 juta

2. Real Madrid – €757.3 juta

3. Manchester United – €711.5 juta

4. Bayern Munich – €660.1 juta

5. Paris Saint Germain – €635.9 juta

6. Manchester City – €610.6 juta

7. Liverpool – €604.7 juta

8. Tottenham – €521.1 juta

9. Chelsea – €513.1 juta

10. Juventus – €459.7 juta

11. Arsenal – €445.6 juta

12. Borussia Dortmund – €377.1 juta

13. Atletico Madrid – €367.6 juta

14. Inter Milan – €364.6 juta

15. Schalke  – €324.8 juta

16. Roma – €231.0 juta

17. Lyon – €220.8 juta

18. West Ham – €216.4 juta

19. Everton – €213.0 juta

20. Napoli – €207.4 juta

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.