Barcelona Tawarkan Bintang Utama Mereka Kepada Atletico Untuk Dapatkan Joao Felix

Barcelona dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain muda Atletico Madrid, Joao Felix dan sanggup menawarkan Antoine Griezmann sebagai sebahagian dari perjanjian.

Pemain kebangsaan Perancis itu tiba di Nou Camp dari Atletico Madrid pada tahun 2019 yang lalu dengan beliau ketika ini dilihat tidak begitu gembira bermain dibawah kendalian Ronald Koeman.

Dana hasil penjualan Griezmann ke Barcelona digunakan oleh Atletico Madrid untuk menandatangani Felix dari Benfica.

Barcelona mengeluarkan dana yang besar untuk menandatangani Griezmann, namun bekas bintang Atletico Madrid itu gagal untuk mencapai tahap yang dikehendaki oleh gergasi Catalan itu.

Barca gagal mencabar kejuaraan liga dalam tempoh dua musim terakhir ini dan mereka turut berdepan dengan masalah prestasi sepanjang tempoh tersebut.

TV3 telah melaporkan bahawa perjanjian pertukaran pemain sememangnya masuk akal untuk kedua-dua kelab memandangkan kedua-dua pemain menerima jumlah gaji yang sama.

Ejen Felix ketika ini, Jorge Mendes dan beliau tentunya akan berusaha mencari jalan untuk membawa anak buahnya ke Nou Camp.

Barcelona ketika ini sedang dalam usaha untuk memperkuat jentera serangan mereka selepas melakukan kesilapan dungu dengan menghantar Luis Suarez ke Atletico pada musim panas lalu.

Luis Suarez telah berjaya membuktikan bahawa Barca telah melakukan kesilapan kerana melepaskannya dengan membantu Atletico mendahului carta La Liga ketika ini.

Atletico Madrid ketika ini masih mendominasi carta La Liga menjelang aksi perlawanan terakhir musim ini dengan mengatasi Real Madrid.

Luis Suarez sendiri sudah berjaya menjaringkan 20 dalam aksi saingan La Liga musim ini seterusnya membuktikan beliau masih penyerang yang berbisa.

Bagi Barca sendiri pula, Messi masih lagi nadi utama dalam sistem serangan mereka, dan dengan menandatangani Felix, ia bakal memberi nafas yang baru untuk gergasi Catalan itu.

Dengan menggandingkan Felix bersama bintang muda, Ansu Fati, maka Barca bakal memulakan aksi musim baharu nanti dengan skuad yang lebih lengkap.

Felix hanya mampu menjaringkan 13 gol sahaja dalam dua musim terakhir ini dan beliau juga tidak pernah bermain selama 90 minit sejak Mac lalu.

Walaupun begitu, pengurus Atletico, Diego Simeone tetap menegaskan bahawa pemain berusia 21 tahun itu mempunyai peranan penting dalam sistem kendaliannya.

“Kami berharap ketika Joao Felix terlibat, dia akan berikan kepada kami apa yang dia mampu dan buktikan kepada semua betapa pentingnya dia.”

Jelas Simeone kepada Daily Mail.

“Pasukan sememangnya memerlukan dia”

“Dengan Luis, kita sekarang sedang memasuki era penaklukan Luis Suarez. Ia merupakan waktu yang sesuai untuk pemain bola sepak seperti dia berikan kepada kami apa yang kami tak miliki. Dia sudah ada banyak pengalaman.”

Kemenangan ketika bertemu Real Vallodolid pada hari minggu nanti bakal mengesahkan kemenangan Atletico menjuarai saingan La Liga musim ini mengatasi seteru mereka Real Madrid.

Real Madrid pula ketika ini dua mata dibelakang Atletico dan mereka tentunya berharap agar skuad kendalian Diego Simeone akan keciciran mata dan mereka bakal berjaya menewaskan Villarreal dalam aksi perlawanan terakhir musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.