Barcelona bertindak menamatkan khidmat firma guaman Cuatrecasas selepas kelab Catalan itu mendapati peguam dari firma yang sama bertanggungjawab dalam memberi khidmat nasihat kepada Lionel Messi untuk meninggalkan kelab itu.
Gergasi Catalan itu juga percaya firma guaman yang sama terlibat dalam menggesa kapten Argentina itu menghantar faks kepada mereka untuk menyatakan niatnya untuk berpindah.
Messi dan Barcelona dipercayai berkongsi firma guaman yang sama – menyebabkan berlakunya ‘conflict of intrest’ di dalam saga ini.
Cronica Global yang terlebih dahulu melaporkan berita ini sebelum diulangi Marca berkata Barcelona berpendapat penglibatan Cuatrecasas dalam saga perpindahan Messi dianggap langsung tidak munasabah.
Marca: Barcelona fired law firm Cuatrecasas because they helped Messi and his lawyers develop their exit strategy. pic.twitter.com/HvrCb7KEN6
— Lionel Andrés Messi (@L10club) August 29, 2020
Minggu lalu Lionel Messi mengejutkan komuniti bola sepak dunia apabila memaklumkan hasrat berpindah kepada Barcelona secepat mungkin – tetapi secara percuma.
Menurut RAC1m kapten Argentina itu telah memaklumkan dirinya lebih memilih untuk berpindah daripada untuk kekal.
Kem Lionel Messi percaya klausa yang terdapat di dalam kontrak pemain itu bermakna Messi boleh pergi secara percuma.
Lionel Messi has informed Barcelona that he will NOT appear for the PCR (covid19) tests tomorrow. The Argentine maintains his decision to not continue at the club.
It's a joint decision with his lawyers, who continue to maintain that Leo will leave on a free deal. [rac1] pic.twitter.com/8s8SmWIxnp
— City Daily (@CityDailys) August 29, 2020
Klausa tersebut kini menjadi titik konflik diantara kem Messi dan Barcelona yang percaya tarikh klausa itu telah tamat pada 10 Jun lalu.
Peguam yang menasihatkan Messi pula percaya klausa tersebut sudah tidak lagi wujud kerana Messi secara teknikal sudah berada di musim terakhir, dan tarikh persetujuan asal mengenai klausa secara tersendirinya terbatal akibat penangguhan liga.
Barcelona selama ini tidak mengendahkan khabar angin Messi sudah tawar hati untuk kekal di Nou Camp dan sentiasa menekan pemain itu adalah sebahagian daripada perancangan Koeman pada musim hadapan.