Barcelona dilaporakan mahu membawa masuk Sadio Mane sekiranya Lionel Messi meninggalkan Nou Camp pada jendela perpindahan kali ini.
Laporan dari Sepanyol juga mengesahkan pemain antarabangsa Senegal itu sanggup meninggalkan Anfield untuk ke Nou Camp, namun Barcelona dilaporkan harus membayar £107 juta kepada Liverpool untuk pemain itu.
Messi mengejutkan dunia bola sepak apabila menghantar surat tuntutan perpindahan kepada Barcelona. Penyerang antarabangsa Argentina itu mahu menggunakan klausa yang ada di dalam kontrak untuk pergi secara percuma.
Barcelona may try and sign Sadio Mane this summer if Lionel Messi leaves the club, with Ronald Koeman keen to be reunited with the winger.
If Liverpool are open to selling, the Spanish club believe an offer of €120m could tempt them. [Sport]https://t.co/hFLfKdarSh
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) August 27, 2020
Kelab Catalan itu telah mengarahkan peguam-peguam mereka untuk melakukan kajian terhadap kontrak Messi, dan Barcelona boleh mendapat durian runtuh jika menjual kapten mereka itu.
Laporan dari UK berkata Manchester City, Manchester United, dan Inter Milan telah mendaftarkan minat masing-masing untuk pemain tersebut setelah menghubungi ejen pemain tersebut.
Dan jika Messi pergi, Barcelona secara automatik memerlukan seorang pengganti untuk pemain yang telah menjaringkan 634 gol dalam 734 perlawanan untuk Barcelona.
Barcelona 'eye up move for Liverpool star Sadio Mane' as potential replacement for Lionel Messi https://t.co/w4q1nNdgEM via @VL_solution pic.twitter.com/MclfbVcy3m
— Mik (@VL_solution) August 27, 2020
Mane adalah salah seorang pemain bintang di dalam skuad Jurgen Klopp setelah menghasilkan 22 gol dari 47 perlawanan sepanjang musim 2019/20, dan membantu kelab Merseyside itu menamatkan kemarau penantian 30 tahun untuk kejuaraan liga.
Mane yang kini berusia 28 tahun turut mempunyai isu tersendiri dengan pengurusan Liverpool berkenaan rundingan kontrak yang sehingga kini masih belum menemui titik persetujuan diantara kedua-dua pihak.
Kontrak asal Mane sepatutnya tamat pada 2023, dan penyerang itu setakat ini menolak untuk menandatangani kontrak baharu.
Beliau dikatakan mahu gaji yang lebih tinggi setelah menolak tawaran berjumlah £220,000 seminggu – angka sama yang diterima oleh Virgil van Dijk
Pada usia lewat 20an, Mane juga sedar ini adalah peluang terakhirnya untuk mendapatkan tawaran kontrak dengan gaji lumayan.