Barcelona dilaporkan perlu membayar jumlah baki yang terdapat di dalam kontrak Luis Suarez jika tidak mahukan pemain itu di dalam skuad mereka pada musim hadapan.
Jumlah tersebut juga bukan sedikit, dan dikatakan sekitar €14 juta, atau bersamaan dengan RM70 juta.
Benar. Tiada siapa boleh menyalahkan penyokong Barcelona yang bagaikan melalui mimpi ngeri di jendela perpindahan kali ini.
Tatkala Lionel Messi sudah pun memaklumkan niat beliau meninggalkan Nou Camp, dan Luis Suarez turut akan meninggalkan gergasi Catalan itu selepas khidmatnya tidak diperlukan, Barcelona bakal kehilangan dua penyerang hebat sepanjang zaman.
Luis Suarez will remain at Barcelona even if it means he will not play, unless he is paid the €14M which is outstanding in his contract. (@Goal)
Barcelona's highest and third highest goalscorers ever both having a dispute with them at the same time. Unbelievable. Chaos.
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) August 30, 2020
Berbeza dengan Messi yang pantas menjadi tumpuan beberapa kelab yang mahu menyambarnya (jika harga sesuai dan bukan ikut klausa), perkara berbeza berlaku dengan Suarez.
Selepas dimaklumkan oleh Ronald Koeman bahawa khidmat beliau tidak diperlukan lagi di Nou Camp, Suarez telah dikaitkan dengan perpindahan ke bekas kelab termasuk Ajax dan Liverpool.
Luis Suarez's agent Alejandro Balbi says "the offers are raining down" for the Barca forward, but…
🗣 "Messi's future will have an influence because they are best friends.
"There is a lot of brotherly love between them; they are inseparable, always together." [TyC Sports] pic.twitter.com/JWKwpQASwH
— Goal (@goal) August 26, 2020
Sehingga kini belum ada tawaran konkrit dari kedua-dua pasukan. Suarez juga boleh memilih untuk beraksi di Uruguay, namun sudah pasti sebagai ejen bebas sekiranya kembali ke negara asal.
Pendek kata tiada kelab telah memaklumkan minat untuk mendapatkan pemain Uruguay itu yang juga membawa makna Barcelona harus menebus kontrak pemain tersebut jika mahu beliau pergi.
Koeman dilaporkan mahu rombakan besar-besaran dilakukan untuk membina skuad Barcelona yang baharu, dan tidak kurang 5 pemain telah ditunjukkan jalan keluar termasuk Ivan Rakitic, dan Arturo Vidal.
Suarez menyertai Barcelona dari Liverpool pada 2014 dengan tanda harga £74 juta. Sejak daripada itu, pemain antarabangsa uruguay itu telah menjaringka 198 gol dari 283 penampilan untuk gergasi Catalan itu.