Barcelona Buat ‘Blunder’, Tidak Sedar Klausa €700 Juta Tidak Wujud?

Perkhabaran terkini di Sepanyol melaporkan terdapat plot twist terbaru membabitkan saga perpindahan Lionel Messi, selepas klausa perpindahan bernilai €700 Juta pemain itu sudah tidak lagi wujud.

Menurut sebuah rangkaian media di Sepanyol Cadena Ser yang mengikuti rapat isu perpindahan Messi, klausa perpindahan €700 Juta yang terdapat di dalam kontrak Barcelona bersama pemain itu sudah tidak apabila memasuki musim terakhir kontrak.

Kali terakhir Messi memperbaharui kontrak bersama gergasi Catalan itu ialah pada 2017 untuk sambungan kontrak selama tiga musim.

Turut diselitkan dalam kontrak tersebut adalah klausa perpindahan dengan angka luar biasa tersebut, namun ia tidak termasuk musim 2020/21 iaitu tempoh terakhir kontrak.

Barcelona dalam hujah mereka sebelum ini berkata Messi perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan selewat-lewatnya pada Mei untuk berpindah secara percuma.

Jun dianggap seperti musim permulaan musim baharu di mana pra musim dan persiapan untuk musim seterusnya bermula.

Namun disebabkan penangguhan saingan bola sepak di Eropah akibat penularan wabak, rata-rata pertandingan hanya tamat pada Ogos – termasuk Champions League.

Menurut Barcelona, tarikh akhir (bulan Mei) untuk Messi menyatakan niat untuk berpindah sudah pun tamat.

Barcelona tetap dengan pendirian mereka mahu Messi kekal dan berulang kali merujuk kepada klausa tersebut, tanpa menyedari Ogos dan September (sekarang) sudah pun merujuk kepada musim 2020/21.

Peguam kepada Messi dikatakan sudah lama menyedari kelompongan yang terkandung dalam kontrak Messi, namun Barcelona dipercayai masih belum menyedarinya.

Manchester City yang menjadi pilihan destinasi seterusnya untuk Messi jika meninggalkan Nou Camp dikatakan turut menerima saingan daripada PSG, Inter Milan, dan Juventus untuk tandatangan pemain tersebut.

Sehingga semalam Barcelona mengulangi niat mereka untuk melakukan sebarang rundingan dan hanya akan bertemu Messi sekiranya nilai klausa €700 Juta dipenuhi, atau jika pemain itu mahu menyambung lagi kontrak.

Di sebalik fiasco mengenai masa depan Messi di Nou Camp, pengurus baharu Barcelona, Ronald Koeman pula seperti sudah menerima hakikat saingan tanpa Messi apabila membariskan pemain seperti Georginio Wijnaldum, Sadio Mane dan Memphis Depay sebagai sasaran selaku pengganti Messi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.