Barcelona Berhadapan Kerugian Cecah RM740 Juta Untuk Musim 2020-21

Calon presiden Barcelona, Joan Laporta telah melakukan kira-kira dan anggaran dan menjangkakan Barcelona akan mengalami kerugian mencecah 150 juta euro pada musim ini.

Disebabkan perkara itu, maka kempen oleh Laporta untuk kerusi presiden kelab Catalan itu adalah berpandukan bagaimana untuk menangani masalah kewangan yang dihadapi kelab tersebut.

“Tiga tunjang utama pelan tindakan yang akan kami ambil ialah penyusunan semula organisasi untuk mengurangkan hutang, mengurangkan kos, dan memaksimakan pendapatan,” ujar Laporta.

Di sebalik anggaran tersebut, Laporta menjangkakan pendapatan Barcelona akan melonjak 65% pad musim hadapan berbanding dengan musim yang dilanda Covid-19.

Penasihat kewangan kepada Laporta, Jaume Giro bagaimanapun tidak menyalahkan pandemik yang melanda sepenuhnya untuk kedudukan kewangan yang meruncing di kelab tersebut.

“Masalah yang dihadapi oleh Barcelona bukan disebabkan oleh Covid-19 sahaja. Tetapi ia juga disebabkan beberapa tahun yang lalu pasukan lain seperti Bayern Munich dan Real Madrid telah merekodkan keuntungan yang lebih baik dari Barcelona,” ujar Giro.

Jumlah keuntungan maksima 650 juta euro yang dianggarkan mampu dicapai oleh Laporta dan pasukannya pada tahun ini adalah 15% lebih rendah daripada anggaran 791 juta oleh pasukan pengurusan sebelumnya di bawah pimpinan Josep Maria Bartomeu.

Jumlah keuntungan yang berkurangan itulah yang memberi kerugian sehingga boleh mencecah RM740 juta, bersamaam 150 juta euro pada musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.